Isnin, 6 April 2015

Zikir tanda cinta; "Zikir adalah makanan roh dan hati".

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Zikir tanda cinta; "Zikir adalah makanan roh dan hati. Setiap hari kita melihat matahari. Matahari itu terbit pada pagi hari. Terbit setiap hari. Tapi, tahukah kita, matahari itu bertasbih kepada Allah سبحانه وتعالى? Matahari juga berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Matahari juga berzikir memuji Allah سبحانه وتعالى. Sebelum terbit dipagi hari, matahari meminta izin kepada 
Allah سبحانه وتعالى untuk terbit. Adakah bila kita melihat matahari kita mengucapkan, Alhamdulillah?"

"Pokok-pokok bertasbih kepada Allah سبحانه وتعالى. Ikan-ikan dilautan bertasbih memuji Allah سبحانه وتعالى. Hatta binatang juga berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Tetapi ada diantara manusia dan jin yang tidak mahu sujud kepada Allah سبحانه وتعالى. Tidak mahu berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Ternyata tergolonglah bagi mereka yang enggan sujud kepada Allah سبحانه وتعالى didalam golongan orang-orang yang derhaka kepada Allah سبحانه وتعالى. Tidak mahu berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Bukankah makanan orang-orang mukmin itu kelak adalah dengan berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Adakah bila kita bangun pada pagi hari dan dapat bernafas kita mengucapkan Alhamdulillah?Walhal ini semua adalah nikmat yang sangat besar. Bukankah Allah سبحانه وتعالى telah berfirman didalam Al-Quran; "Sangatlah sedikit di kalangan hamba-Ku yang bersyukur." Jika kita beramal, jangan nisbahkan nikmat amalan itu kerana usaha kita sendiri."

"Kerana, Jika bukan kerana Allah سبحانه وتعالى yang menggerakkan dan memberi hidayah pada kita. Maka kita tidak akan dpt beramal. Amalan kita zikir kita solat kita puasa kita banyak lagi amalan itu adalah daripada Allah سبحانه وتعالى, bukan atas upaya kita. Semuanya adalah daripada Allah سبحانه وتعالى. Kasih sayang Allah سبحانه وتعالى."

"Setiap amalan itu adalah mempunyai rasa yang berbeza-beza. Kelazatan yang berbeza-beza. Setiap amalan kita mempunyai kelazatan beribadah yang berbeza-beza. Solat ada kelazatannya yang berbeza, zikir ada kelazatannya yang berbeza, selawat ada kelazatan yang berbeza, istighfar ada kelazatannya yang berbeza-beza. Sepertimana makanan itu ada pelbagai rasa yang berbeza. Begitu juga amalan itu dengan cahaya yang berbeza-beza."

"Makanya, yang wajib itu kita tunaikan kepada Allah سبحانه وتعالى dan itu adalah sememangnya tanggungjawab kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Untuk kelazatan iman. Kemanisan iman itu tambahan kepada yang wajib kita lakukan untuk kelazatan iman. Rasulullah ﷺ telah memberi formula kepada kita bagaimana untuk mendapatkan kelazatan iman? Segalanya itu adalah berkaitan dengan cinta. Formulanya adalah cinta. Semuanya adalah cinta. Cinta kepada Allah سبحانه وتعالى dan Rasul-Nya melebihi daripada segalanya. " 

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan