Betapa kasih sayang Allah. Puluhan tahun berlalu, sekali dia mengucap syahadah, Allah sudi maafkan semua dosanya. Dia seperti bayi baru lahir. Ya Allah semua orang baik dalam dunia ini. Kita adalah dari sebuah keluarga besar dari datuk yang sama Adam as. Maafkanlah diriku kerana kurang dakwah dan tiada akhlak yang baik orang tidak dapat faham Islam.
Di zaman Islam gemilang, ramai orang datang ke Madinah duduk 3 hari akan memeluk Islam. Mereka diberi layanan paling baik. Setiap orang Islam memberi khidmat kerana Allah. Mereka diberi layanan mengalahkan hotel paling mahal dalam dunia hari ni pun. Kerana mereka buat semua kebaikan dengan merasa Allah melihat.
Saya ingat lagi perkara pertama saya belajar bila orang masuk Islam ialah kita berikan hadiah apa sahaja. Ucapkan tahniah dan bantu segala urusan mereka. Dakap mereka dengan kasih sayang. Bukan tanya dah sunat ke belum? Dah tukar nama ke belum?Dah tu macam mana ni? Mudahkan mereka dan bantu mereka.-ebit lew
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan