Khamis, 2 April 2015

KHASIAT DAUN KADUK

share dari link fb ~Kerja Dari Rumah

KHASIAT DAUN KADUK

Kadang-kadang bila terpandang pada daun kaduk, ia seakan juga dengan daun sirih, cuma daun kaduk ini warnanya lebih hijau tua dan berkilat. Pokok kaduk mudah ditanam dengan menggunakan keratan ranting atau taburan biji benih dan ia cepat membiak dan hidup subur dikawasan yang lembap.

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam, daun kaduk juga dimakan sebagai pembuka selera apabila direbus atau dicelur dan dicicah dengan sambal belacan. Ia juga banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu.

Daun kaduk mempunyai kadar antioksidan yang tinggi.

Khasiat akar & daun kaduk dapat merawat:
1) Air rebusannya diminum untuk tujuan merawat masalah penghadaman, melegakan sakit tulang, lenguh dan bisa badan, melegakan masalah angin dalam perut dan usus serta menurunkan suhu demam panas.
2) Daun kaduk yang ditumbuk lumat, ditampal dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sakit tulang atau dipupukkan pada bahagian yang dijangkiti panau.
3) Manakala akar kaduk boleh merawat sakit gigi & gusi. Tumbuk lumat dan tampal pada tempat yang sakit.
4) Air rebusan akar kaduk boleh digunakan untuk merendam kaki yang dijangkiti kulat.

Teringat masa muda dahulu ketika dalam pantang bersalin… mak saya akan panaskan tungku dan dimasukkannya ke dalam kain yang berlapikkan berbagai jenis daun herba termasuklah daun kaduk. Ia dituam dibahagian tertentu bertujuan untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan angin serta memberi rasa kesegaran pada tubuh badan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan