Selasa, 4 Ogos 2015

Pop Corn (bertih jagung)

share dari link fb ~ Rina Sadon

Pop Corn
Bahan2 yg diperlukan


Minyak masak
Gula

Butter/margerin
Jagung kering

Sekarang ni aku tengok 'jagung popcorn' byk dijual di kedai barang baking. Tapi sebenarnya jagung tu SAMA SAJA dgn jagung kering yg dijual di pasaraya di bahagian kekacang/rempah kering. Lagi murah kat situ.
Guna periuk/kuali yg berpenutup.


Kalau excited nak tengok masa jagung meletup tu maka gunalah kuali yg berpenutup kaca.

Jgn guna kuali kecil psl popcorn ni kita guna sikit je biji jagung pun akan dpt popcorn yg byk.

Panaskan minyak. Agak2 cukup bg kesemua biji jagung terendam cetek.


Dlm ni aku guna 2 sudu besar minyak masak dan jagung segenggam. 

Bila minyak dah pans, test dgn letak sebiji jagung. Kalau jagung terus berbuih dan berpusing2 (maksudnya dah cukup panas la tu) terus masukkan biji popcorn yg lain.

Tutup periuk dgn penutup periuk, sebab dlm masa seminit lagi biji jagung akan meletup! 

"Boleh ke guna butter terus psl saya suka la buttery popcorn?"

Kalau nak guna butter pun kena tambah minyak masak juga. Sebabnya.... (here we go, you can skip this explanation if you're really hate science :p) takat didih butter lebih rendah daripada takat didih minyak masak (sawit). Takut nanti bertih jagung belum habis meletup butter sudah hangus.

Pop! Pop! Pop!


Sekali sekala goncang periuk. Psl takut ada biji jagung yg masih belum ter pop. Jgn buka tudung periuk selagi bunyi pop pop belum berhenti else anak2 korang pasti rasa gembira bermain 'snow' di dapur 
tongue emoticon
.

Bila dah berhenti pop. Keluarkan pop corn. Kalau anda health freak, dah boleh mkn la popcorn ni. 

Camner ek, drpd biji jagung keras boleh terhasil popcorn yg gebu begitu? Magic ah.

Bukan magic, itu sains. (camtu la aku explain kat Safiyyah).

Jagung kering yg keras kat lapisan luar terlalu keras (gigit pun silap2 gigi kita yg patah) tapi kat tgh2 dlm bijinya tu ada lembapan (air). Itulah cara dia survive dan simpan maklumat genetiknya. Jadi bila kita panaskan biji jagung tu, air dan udara dlm biji tu akan mengembang. Tapi psl lapisan luar amat keras dan air sudah jd stim dan mendpt tenaga yg byk drpd pemanasan itu maka ia menghasilkan letupan. 

Konsep yg sama juga la waktu survival dlm hutan atau camping / piknik / bbq. Jgn gatal2 guna batu dari sungai tu straighaway utk buat tungku, atau alas bbq. Pasal dlm batu yg keras tu mungkin ada air. Bila air dipanaskan tenaga nya agak hebat boleh menyebabkan letupan juga. Utk pecahkan batu supaya stim dpt keluar.

Keluarkan popcorn yg belum disira tadi ke dlm bekas lain. Guna periuk yg sama panaskan gula. Terpulang la nak buat edisi pasar malam atau edisi over-the-sea (premium), versi potong kaki kaa. Yg kat sini aku guna 3 sudu besar gula.
Panaskan hingga menjadi warna karamel yg kita suka. Yg pastinya jgn la sampai ia hangit. Sepatutnya lagi gelap dari kaler ini, tapi psl aku nak tangkap gambar takut aku terhangit pulak gula. Sentiasa kacau supaya masaknya sekata.


Tips. JGN GUNA SUDIP SILIKON, JGN GATAL COLET CARAMEL dan jilat walaupun baunya sgt mengguirkan.

Takat didih gula agak tinggi. Lebih tinggi drpd kuah masak lomak cili api. Maksudnya walaupun kita biasa je senduk kuah lomak cili api dan tuang kat tapak tgn utk rasa cukup tak garam, ketahuilah gula yg mencair (caramel) itu sgt2 panas. Dah terkorban satu spatula silikon aku sbb ini.

Bila dah rasa ok warna karamel yg diingini, masukkan butter/marjerin. Yg ni aku guna 2 sudu besar. Nanti terus jadi bubbly. Teruskan mengacau.

Tak yah tunggu butter mendidih pun tak pe, masukkan popcorn yg dah dipop tadi. Slowkan api. Kacau hingga sebati. Tutup api. 


Masa ni popcorn agak lembik. Tapi jgn risau. Dlm dua minit camtu, bila popcorn dah sejuk barulah gula dia set. Barulah dia jadi crunchy.

Enjoy


Sesuai dimakan ketika menonton cerita di tv


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan