Isnin, 3 Ogos 2015

MUNGKIN YANG PERLU BERUBAH, BUKAN SIAPA-SIAPA TAPI DIRI SENDIRI, HATI KITA....

share dari link fb ~ Rohana Saad

MUNGKIN YANG PERLU BERUBAH, BUKAN SIAPA-SIAPA
TAPI DIRI SENDIRI, HATI KITA....

Ada orang, hati dia bukanlah bahagia mana, tapi bila dia kongsi kegembiraan dan keceriaan, moga hatinya juga mampu bahagia.

Ada orang, bukanlah tahu pun doanya mustajab atau tidak, bila dia doakan kebaikan kepada orang lain, dengan harapan doa yang sama jugalah malaikat aminkan pada dirinya.

Hidup ini, belum tentu apa yang kita mahu, dapat tercapai dengan hanya terus meminta. Adakala kita perlu terlebih dahulu memberi, supaya apa yang dimiliki dan ingini, tak lokek untuk kita terus berkongsi.

Akan ada suatu saat kita benar-benar penat dengan dunia, kita cuma mahu kembali kepada Allah dalan keadaan DIA redha. Mungkin yang perlu berubah,bukan siapa-siapa tapi diri sendiri,hati kita

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan