Apam Chocolate Peanut Butter
Oleh : Noor Abdul Rahim
bahan-bahan :
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
2 biji telur size besar - sejuk
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar ovalette
1/2 cawan gula halus
150ml susu cair
1/4 cawan peanut butter (creamy)
1/4 cawan chocolate - dicairkan
cara-cara :
1. Ayak tepung bersama baking powder & garam.
2. Pukul telur, gula & ovalette hingga ringan & pucat menggunakan mixer (kelajuan medium). Saya pukul selama 8 minit.
3. Masuk kan susu cair & esen vanila. Pukul hingga sebati (had kelajuan paling rendah).
4. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit (kelajuan paling rendah). Jgn terlebih pukul, cukup sekadar sebati saja.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur peanut butter & sebahagian lagi dicampur chocolate cair.
6. Tuang kedua-dua adunan berselang seli (seperti marble cake) kedalam loyang ( 7 inci & telah diminyak kan ) hingga selesai.
7. Kukus didalam kukusan yg telah mendidih airnya selama 30 minit atau hingga masak.
Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan