"Diantara Amalan Supaya boleh mimpi bertemu Rasulullah ﷺ antaranya
1. Membaca sirah Baginda ﷺ yang mulia, hidup dan berakhlak dengan akhlak dan perilaku Baginda ﷺ. Sirah Rasulullah adalah akhlak yang sempurna, paling tinggi dan paling Mulia.
2. Banyak membaca selawat Anwar kepada Rasulullah ﷺ , minimum sebanyak 500 kali dalam sehari, yaitu .. .. ﷽ .. . اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى نُورِ الأَنْوَارِ. وَسِرِّ الأَسِرَارِ. وَتِرْيَاقِ الأَغْيَارِ. وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَارِ . سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْمُخْتَارِ. وَآلِهِ الأَطْهَارِ. وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ. عَدَد نِعَمِ الله وَأِفْضَالِهِ. Antara Sebab-sebab dibukakan Pintu hati dalam menuntut ilmu, di antaranya:
1. Niat yang benar. Seorang pelajar dalam menuntut ilmu seharusnya berniat untuk menggapai ridha Allah ﷻ . Kemudian dia akan mengamalkan ilmunya itu, kerana menurut Imam al-Ghazali, "Ilmu tanpa amal adalah gila, sedangkan amal tanpa ilmu adalah tiada." Selain itu, seorang pelajar hendaknya berniat untuk mengajarkan ilmunya itu kepada orang lain.
2. Mengagungkan ahli ilmu dan berakhlak terpuji, kerana sesungguhnya seorang mu'min adalah cermin bagi mukmin yang lain.
3. Berkumpul dengan para ulama Rabbani. Seorang pelajar tidak cukup hanya dengan membaca buku, kerana pemahamannya boleh jadi tidak sesuai dengan yang dikehendaki oleh penulis sebuah kitab. Kerananya dia harus bermulazamah dengan guru atau syeikh. Selain itu, seorang pelajar harus mendapatkan petunjuk untuk tazkiyatunnafs (membersihkan jiwa), dan itu tidak boleh didapatkan kecuali dengan musahabah (bergaul) dengan seorang guru.
4. Tazkiyatunnafs. Seorang pelajar harus menghindari perbuatan maksiat dan menghiasi diri dengan amal-amal solleh serta memperbanyakan zikir.
Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baits al-Kattani(Keturunan Rasulullah)
Dari: HAMBA ALLAH
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan