Ahad, 12 Oktober 2014

Petua dan maklumat kesihatan dari Link fb Syafrizal Abu Mansor

share dari link fb ~Syafrizal Abu Mansor

Ini adalah simptom biasa bagi pesakit kencing manis seperti keletihan, penglihatan kabur, proses pemulihan yang lambat dari luka dan bengkak, mual dan muntah, gatal-gatal di groin atau faraj/vagina, kencing yang kerap, rasa dahaga dan lapar yang melampau, mulut kering, berat badan menurun atau menaik dengan mendadak dan yeast infections.
 
Petua ibu saya bagi merawat masalah batuk yang berpanjangan. Sila ambil separuh biji limau nipis dan sapukan kapur sirih ke atas limau nipis tersebut. Kemudian gosokkan limau nipis itu ke atas leher, halkum, dada dan perut. Cubalah. Insya Allah lega.
Plantar fasciitis adalah masalah sakit tumit yang biasa dialami. Ia melibatkan kesakitan dan peradangan terhadap tisu tebal yang berada di bawah tapak kaki bermula dari tumit hingga kepada jari kaki. 

Tips bagi merawat masalah sakit tumit ini anda bolehlah menekan titik akupunktur di bawah buku lali atas tulang tumit seperti gambar kanan. Ini untuk melegakan kesakitan, melancarkan darah dan mengaktifkan saraf. Selain itu anda boleh merendamkan kaki ke dalam rendaman air garam bukit. Cubalah insya Allah berkesan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan