Jumaat, 31 Oktober 2014

Kuih Tepung Pelita Moden ~ sodap tau.. cubalah..

share dari link fb ~Nieza Nor Hamnira

Kuih Tepung Pelita Moden ~ sodap tau.. cubalah.. 

Resepi : ihsan Cik Yani, MyResipi (Barakallah)



Bahan2 (Lapisan bawah-hijau)

1 cawan tepung beras

1 cawan gula

5 cawan air

4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air

sedikit pewarna hijau

sedikit kapur dan sedikit garam


Bahan2 (Lapisan atas-putih)

4 sudu besar tepung beras(ratakan)

1 kotak santan 250ml

2 cawan air

sedikit garam


Cara-cara : (lapisan bawah-hijau)

1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan (+sedikit pewarna hijau) dan air kapur dibancuh hingga sebati

2. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat (hingga nampak adunan meletup2 buih besar)

3. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap


Cara-cara lapisan atas :

1. 1 kotak santan dicampurkan dengan 2 cawan air, 4 sudu tepung beras dan garam

2. Kacau sehingga sebati

3. Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat, 

(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)

4. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi

5. Sejukkan
 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan