Jumaat, 31 Oktober 2014

::WALNUT FUDGE BROWNIE::

share dari link fb ~Buku Resepi

::WALNUT FUDGE BROWNIE::
OLEH:Marsha Mohamed

Bahan bahan:
6 sudu butter (225 gram) kalau 250 gram pon ok
300 gm chocolate bar
300 gm choc chip
2 cawan gula
6 telur gred A
2 cawan tepung gandum
2 sudu essen vanilla
Secubit garam
4 sudu besar cocoa powder
Walnut secukup rasa - yg kat gambar nie ku gantikan ngan si mat almond pasal si mat walnut amik cuti.

Cara cara:
1. Baca bismillahirahmannirahhim.
2. Bakar wlanut secukup rasa - kejap je kasi dia garing2 skit biar hensem nanti
3. Cairkan butter dan choclate bar (double boil). pastu gaul sampai dia sebati mcm best friend forever k
4. Dah tu masukkan gula dan cocoa powder, gaul lagi sampai sebati.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji
6. Masukkan essen vanilla
7. Masukkan tepung - gaul semua sampai sebati. nak pakai mixer takyah high speed, medium dah ok. kalau nak pakai hand whisk ke spatula pon ok.
8. Taburkan chocolate chips ngan walnut atau almond
9. Bakar 40 minit 180c.atau sampai masak. oven masing2 ada perangai masing2.
10. mcm mana nak tahu dah masak, cucuk lah ngan lidi satay ke, garfu ke, kat tengah2 brownie. kalau bersih, dah masak lah tu.
standby ice cream.. makan lah time dia hangat2. fuh!!! boleh kero mata.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan