Bergedil Roti Bersardin
Bahan-bahan:
1 tin kecil sardin
5 keping roti sandwich
1 biji bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih tumbuk halus
1 biji cili merah hiris halus
secubit lada hitam
2 biji telur
daun sup & daun bawang hiris halus
garam
Cara-cara:
1 Campurkan bawang putih, bawang besar, cili, daun sup dan lada hitam dalam mangkuk.
2 Carikkan roti dan masukkan dalam mangkuk bahan pertama tadi.
3 Masukkan sardin berserta kuahnya dan hancurkan, gaul sebati.
4 Campurkan adunan dengan sebiji telur kemudian perap dalam 20 minit.
5 Bentuk-bentukkan adunan menjadi bulat, buat sehingga habis.
6 Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bebola sardin ke dalam telur kemudian goreng sehingga kekuningan.
7 Buat sehingga adunan habis.
Wah, dah boleh makan untuk berbuka puasa. Hidangkan bersama air rebina bandung ais… hehehe. Eh, promote free plak.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan