Ahad, 19 Oktober 2014

Spaghetti Sardin Simple

share dari link fb ~Resepi masakan mak tom's

Spaghetti Sardin Simple

Bahan-bahan:
1/2 paket spaghetti (rebus bersma 1sb minyak masak)
2 biji bawang besar holland (dicincang halus)


1 tin kecil sardin (dihancurkan) *

1 tin kecil tomato puri * wiyah guna ayam brand
1/2 tin air
2 biji tomato masak (diblender)
Garam dan gula

Cara penyediaan: 15 minit masa penyediaan
Panaskan sedikit minyak jagung/zaitun & tumiskan bawang besar sehingga layu serta naik bau.
Masukkan sardin hancur \,tomato puri , tomato kisar & air. Masak sehingga sebati. Gunakan api yang perlahan. Masukkan bahan perasa sesedap rasa.
Biarkan bahan-bahan mendidih & menjadi agak pekat. Tak perlu lama kerana sardin sememangnya sudah masak.
Cara hidangan: Putarkan spaghetti & letakkan di atas pinggan, kemudian curahkan sos spghetti/ kuah ke atas nya.Siap utk dihidangkan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan