Ahad, 12 Oktober 2014

Petikan Khutbah Gerhana Dato' Syeikh Muhammad Fuad

share dari link fb ~Jom Dakwah Bersama Ulama

Petikan Khutbah Gerhana Dato' Syeikh Muhammad Fuad

Yahudi mencabar Rasulullah ﷺ, kalau lah Rasulullah itu Rasul yang benar, maka mohonlah Tuhannya untuk menurunkan azab kepada Mereka. 

Maka turun ayat,

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ ۚ

Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka.

Jjikalau kuffar yang tak beriman kepada Allah, yang mensyirikkan Allah, Allah tidak menimpakan azab kepada mereka selagi mana Nabi berada dikalangan mereka. Apatah lagi kalau ummat Nabi Muhammad ﷺ yang melakukan Dosa, sekiranya Rasulullah masih bersama mereka, maka Azab Allah tak ditimpakan kepada mereka.

Ayat ini tidak mansukh sehingga sekarang, apa makna keberadaan Rasulullah ﷺ disisi Kita yang menyebabkan kita tak diazab oleh allah diatas bumi ini walaubagaimana besar pun dosa kita disisi Allah?
Jadi apa maksud " Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. "

Didalam surah al-Hujurat

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ

Dan ketahuilah olehmu sesungguhnya di dalam diri kamu ada Rasulullah.

Apakah yang dimaksudkan didalam diri kita ada Rasulullah?

Sayyidina Umar tanya abdullah ibn Abbas?

Seorang khalifah Amirul Mukminin sanggup menuntut ilmu bertanya kepada seorang kanak-kanak.

apakah maksudnya Rasulullah ada dalam jasad kita?

Jawab Abdullah bin Abbas, Ada atau tak Muhammad dalam diri ummat muhammad? Bukan semua ummat Muhammad mempunyai muhammad dalam diri mereka, ianya bergantung kepada kasihnya mereka kepada Muhammad.

Sabda Nabi ﷺ, sesiapa yang bercampur kasih dengan aku didalam hatinya, maka hati itu takkan disentuh oleh api neraka.
Setiap manusia yang lupa terhadap muhammad bermakna mereka berada didalam neraka.

Rasulullah tak layak dikebumikan di perut bumi, sebahagian para Rasul dan nabi ada yang di angkat ke langit, kenapa ianya tak berlaku kepada Rasulullah?

Jasad Nabi di muka bumi selevel dengan tong najis di kota madinah? Adakah ianya layak?

Imam darul hijrah, Imam Malik رحمه الله ,selama berada di madinah tak pernah buang najis kecil mahupun besar dikawasan tanah Haram madinah jika mahu melepaskan hajatnya.

Imam Malik tak pernah tunggang binatang tugangan, katanya, aku malu untuk pijak bumi madinah dengan tapak binatang tugangan sedangkan dibawahnya ada jasad Rasulillah.

Tapi kenapa Rasulullah rela jasadnya ada dimuka bumi?

Sebabnya, Jika tak ada jasad Nabi diatas muka bumi, pastilah kita akan diazab diatas muka bumi.

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ

Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka.



blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan