Rasulullah ﷺ meminta 4 perkara dari kita :
"Jadilah kamu orang yang mencari 'ILMU'. Seseorang itu jika hendak mendapat kasih sayang Allah dan Rasulullah ﷺ hendaklah mencari ilmu, kerana hanya orang yang mempunyai ilmu sahaja yang dapat mengenal Allah dan Rasulullah ﷺ Dengan cara inilah sajalah untuk kita meraih kasih sayang Allah ﷻ dan Rasulullah.
Apabila seseorang itu sudah mendapatkan sesuatu ilmu pasti ia akan merasakan tidak mencukupi dengan ilmunya,Oleh kerana itu,Allah ﷻ menyuruh kita berdoa untuk mendapat 'Tambahan Ilmu'.
Kefua, "Jadilah kamu orang yang "Belajar Ilmu". Rasulullah ﷺ bersabda "Barangsiapa yang Allah bagi waktu muda kepadanya tetapi ia tidak belajar ilmu maka angakatlah 4 kali takbir (Solat jenazah) kepadanya"
Jika seseorang itu jika ia tidak belajar ilmu maka automatiq "Taqwa" takkan ada didalam dirinya.-Imam Syafie-
Orang yang belajar mencari ilmu akan timbul didalam hatinya 'Al ghosyiah' iaitu rasa takut kepada Allah ﷻ
Jika Tidak boleh "Belajar Ilmu" maka jadilah orang yang "Mendengar kepada Ilmu"
Menjadi pendengar ilmu pun adalah salah satu cara untuk mendapatkan ilmu. Jika ia hanya dapat menjadi pendengar ilmu sahaja itu pun sudah mencukupi untuk ia mendapat keberkatan dari Allah ﷻ
Keempat Menjadi 'Pencinta' kepada tiga perkara diatas.
Ilmu itu ibarat mangsa,maka jika mendapatnya hendaklah mengikatnya dengan belajar,mencari dan mencatit.-Imam Syafie-
Rasulullah ﷺ larang untuk menjadi orang yang kelima iaitu menjadi pembenci kepada perkara-perkara diatas.Moga-moga Allah ﷻ menjauhi kita dari sifat yang kelima ini.
Catitan nota Tausiyah Habib Ali Al Hamid hafidzohullahuta'ala
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan