Sabtu, 4 Oktober 2014

Donut Gebu ala Big Apple

share dari link fb ~Buku Resepi



Donut Gebu ala Big Apple

resepi : Puan Norhaliza Arakey (imasak.com)

Oleh:Noor Abdul Rahim


bahan-bahan (A) :


1 cawan air suam 

1/4 cawan gula halus

1/5 cawan susu tepung (saya guna susu tepung Nespray) 

1 paket instant yeast (11g)


bahan-bahan (B) : 

500g tepung roti

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil bread improver

2 sudu besar marjerin


bahan-bahan (C) : 

3 biji kuning telur

1/2 sudu kecil garam 


cara-cara : 


1. Satukan kesemua bahan (A) & biarkan hingga berbuih (kurang lebih 15 minit).

2. Satukan kesemua bahan (B) kedalam 1 bekas lain. Gaul rata hingga seperti serbuk roti.

3. Setelah yeast sedia, campurkan kedalam campuran tepung. Gaul rata.

4. Campurkan bahan (C) kedalam adunan. Gaul rata.

5. Uli adunan selama 10 minit sehingga elastik. 

6. Masuk kan dough kedalam bekas bersih yg telah diminyak kan & ditutup dgn menggunakan plastic wrap. Biarkan sehingga dough naik 2 x ganda (selama 1 jam)

7. Apabila dough ready, tumbuk dough untuk keluarkan angin. Kemudian canai dough & terap kepada bentuk donut.

8. Rehatkan dough selama 1/2 jam sebelum digoreng kedalam minyak yg cukup panas (api jgn besar nanti donut hangus).


* Ikut suka anda nak salut donut dgn chocolate atau gula tetapi tunggu donut sejuk dahulu sebelum dihias.




blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan