Diceritakan oleh Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari mengenai hasutan syaitan kepada orang kafir sebelum mereka masuk Islam dan selepas masuk Islam:
1) Syaitan menghasut supaya orang kafir ini jangan masuk Islam. Benci pada Islam.
2) Jika si kafir ini sudah masuk Islam, syaitan menghasut supaya jangan menuntut ilmu.
3) Jika sudah memperoleh ilmu, maka jangan diamalkan.
4) Jika sudah beramal dengan ilmu, syaitan menghasut supaya jangan bermujahadah dengan amalan.
5) Jika sudah bermujadah, syaitan akan menghasut supaya jangan berlaku ikhlas dalam beribadah.
6) Jika dia berjaya berlaku ikhlas, syaitan akan menghasut supaya segala apa amal ibadah yang dilakukan, lakukan kerana mahukan faedah fizikal yakni kelebihan pada tubuh badan. Contohnya, berpuasa untuk kurus, bukan untuk Allah.
Itulah bagaimana syaitan akan terus dan terus menghasut manusia supaya terus melakukan salah, dosa dan menjadi teman baik mereka di Neraka kelak.
LIKE: Jom Dakwah Bersama Ulama
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan