Daun pandan amat sinonim dengan masakan melayu. Ia banyak digunakan dalam proses pembuatan makanan seperti nasi lemak, kuih muih, minuman dan sebagainya.
Selain itu daun pandan juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau hapak kereta dan almari, menghalau lipas dan juga melebatkan rambut.
Keistimewaan daun pandan bukan hanya terletak pada baunya sahaja. Ia juga punya khasiat yang tersendiri. Antara khasiat tumbuhan ini ialah menurunkan tekanan darah.
Caranya mudah sahaja. Rebus beberapa helai daun pandan bersama 2 gelas air. Biarkan mendidih sehingga air tinggal setengah gelas. Sejukkan dan minum airnya. Insya-Allah amalan ini akan membantu menurunkan tekanan darah.
Namun diingatkan, cara ini adalah ikhtiar secara traditional sahaja
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan