Ahad, 12 Oktober 2014

KISAH RAWATAN RUQYAH & BERDIALOG BERSAMA SYAITAN

share dari link fb ~Jom Dakwah Bersama Ulama

KISAH RAWATAN RUQYAH & BERDIALOG BERSAMA SYAITAN

SubhanAllah WaBihamdihi SubhanAllahil Azim, Kejadian yang aneh dan pelik berlaku sekali lagi pada Al-Faqir kali di Bumi Mesir semasa sesi merawat pesakit dikalangan pelajar. Pada Mulanya kami semua membaca Yasin Mubin beramai2 semata-mata untuk mencari rahmat dan redha Allah taala dalam memohon kesembuhan dan perlindungan.

Kisahnya bermula setelah pertengahan pembacaan Yasin Mubin, segala jenis gangguan jin-jin, sihir kepanasan dan meronta-ronta terseksa dengan kehendak Allah taala. Sebelum memulakan bacaan Yasin Mubin sudah ana berpesan agar teguh pendirian dan yakin pada Allah. Walau berlaku histeria dan pesakit menjadi agresif, kami semua teguh membaca dan tadabbur pada ayat dengan penuh keyakinan dan kesungguhan.

SubhanaAllah, ramai jugak pesakit-pesakit yang mengamuk dan meronta-ronta dirasuk oleh mahkluk halus jin dan sebagainya, ada yang memuntahkan racun-racun sihir dan santau. Semuanya berlaku atas kehendak Allah taala, tidak sedikit pun datang dari kami, kami hanya ikhtiar sahaja. Tiba-tiba, ada seorang pesakit muslimah dirasuk tapi berlainan dgn yg lain, keadaan pada masa itu seperti berada di medan perang. Muslimah itu kepanasan tapi secara tiba-tiba juga dia berdiam dan senyum ketawa berbahak-bahak. Walaupun ia berbuat begitu ia tidak mudah memutuskan semangat kami untuk terus membaca dan berdoa kepada Allah taala.

Allahu Akbar, cuba meruqyah pada muslimah yg dirasuk itu, malahan dia hanya kepanasan sedikit sahaja. Apa yang menajubkan ayat-ayat quran yg kita baca dia boleh sambung dan mengetahui, bukan hanya tahu hafal ayat quran tapi tahu hal-hal ilmu agama islam dan sebgainya. Kami semua terkejut dan berasa hairan. Tapi ana yakin ia tetap makhluk Allah yang lemah dan InsyaAllah pesakit ini akan sembuh biiznillah. Al-Faqir sentiassa berwaspada terhadap mahkluk ini, termaklum mreka suka menipu dan berbohong. Maka ana cuba scan ianya bukan jin tetapi Iblis laknatullah. Iblis yg berlakon dengan watak manusia sambil mengatakan sudah sembuh dan sihat, tapi bila disuruh sebut kalimah pendek “Allah” lidahnya terkelu untuk menyebut kalimah suci itu.

Maka bermulalah sesi dialog ringkas dengan Iblis yang merasuk dalam jasad muslimah itu:-

ANA: Ikhtiar membaca ayat2-ayat Ruqyah, Ayat2 Ahzab, doa dan sebagainya…
IBLIS: *BERTERIAK!!!* “BERHENTI BACA” “Apa kalian mahukan dariku”

ANA: Kami mahu kamu keluar dari tubuhnya, jangan kamu menzalimi dan menyakiti lagi tubuh anak cucu adam..

IBLIS: Aku tidak akan berputus asa untuk menyesat dan menganggu kalian, smmgnya itulah tugas ku yang ku banggakan…*HAHAHAHA*

ANA: Allahu Akbar, “'قال فاخرج منها فإنك رجيم” Keluar kamu wahai Iblis!!

IBLIS: Kamu buatlah apa yg kamu nak buat, kamu manusia yg lemah dan tiada kuasa apa-apa..Aku lebih berkuasa… *HAHAHA*

ANA: Astagfirullahul Azim, smmgnya kami manusia yg lemah tapi kami diangkat oleh Allah taala utk menjadi khalifah di muka bumi ini atas kehendak Allah taala. Kami hanya mampu berdoa dan ikhtiar. Tidak dapat tidak smmgnya kami cucu nabi Adam a.s diciptakan dari tanah dan kamu dari api, TETAPI kamu EGO, RIAK, DAN TAKABBUR dengan ilmu yang kamu ada. Maka oleh sbb itu kamu dilaknat dan dihumban ke neraka Jahannam.

IBLIS: *HAHAHA* tidak perlu kamu hendak membangkitkan lagi cerita yang sudah lama dan lupuk itu, aku sendiri mengetahuinya dan akan aku perjuangkan tugas terakhir ku untuk menyesatkan kamu semua dan agar ikut bersama aku di neraka… *HAHAHA* Manusia yg lemah dan lalai setiap waktu, selalu melakukan maksiat itulah memudahkan urusanku…*HAHAHA*.

ANA: Kenapa kamu hendak kacau dan ganggu pelajar disini, apa salah mereka?

IBLIS: Aku tidak suka pada penuntut ilmu yg belajar berbaanding dengan seorang yangg abid melakukan ibadah setiap hari… kerana bilamana mereka berilmu mereka akan lebih mendekati Allah lebih merendah diri. *ARGGHHHHHH!!* aku benci mereka!! Aku takut kepada yang mempelajari ilmu Allah (TAUHID/AQIDAH) susah bagiku untuk cuba menganggu mereka. Aqidah mereka yang teguh membuatkan ku lemah kepanasan.

ANA: Jika begitu kami semua akan memantapkan lagi Aqidah kami Aqidah Ahlussunah Wal Jamaah serta syariat agama kami demi mencari rahmat dan redha Allah taala.

IBLIS: *ARGGHHHHHHHH!!* *HENTIKAN!!!* *KAMU SEMUA TAK BERGUNA* Aku benci Negara kamu, aku berdendam dengan kalian, ini kerana Negara kamu melaksanakan HUDUD, Aku akan pastikan ia tidak menjadi kenyataan!!...

ANA: Jika Allah takdirkan semua tidak mustahil berlaku, kamu sungguh ego sejak dari dulu lagi, memangg tidak serik-serik, maka benarlah Allah taala menyebut mengenai kamu di dalam Quran.

IBLIS: Aku tidak kisah, akulah yg paling hebat dan kamu semua lemah. Kamu semua cakap saja pandai agama tapi tidak tahu apa-apa, islam sekadar nama tapi bukan islam yg beriman. Berlagak alim pandai padahal hati tidak ikhlas langsung buat kerana Allah taala, hampir sama sahaja macam aku yang munafik.. *HAHAHA*. Aku suka tengok kamu semua bergaduh, bertelingkah antara saatu lain, bermusuhan…Aku hanya mampu menepuk tangan dan meraikan kejayaan kami semua..*HAHAHA*

ANA: Kamu jangan fikir ksemua manusia ini lemah, ada juga dikalangan kami yang beriman dan ikhlas kepada Allah. Kami akan berusaha mendekati Allah dan sentiasa melawan kamu wahai IBLIS! Kamu kata tidak ada manusia yang kuat imannya, kamu lihatlahBaginda Rasulullah saw…seorang manusia juga sperti kami sama sahaja tapi Allah taala angkat dan memuliakan beliau kerana keikhlasan, amanah, kebijaksanaan dan sebgainya. Maka ia tidak mustahil bagi ummatnya utk turut sama mengikuti baginda saw.

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya "~Surah Attin ayat 4

IBLIS: Kenapa kamu ada disini, kamu menggangu kerja ku, aku benci kamu…kenapa kamu sahaja yg menjawab dan bercakap denganku, mana lagi manusia yang hatinya yang suci dan bisa berhujah denganku…mana? mana? tunjukkan datang ke sini…

ANA: Mereka semua masih baru dan mereka masih lagi belajar, maka tandingan kamu adalah aku, maka biarkan kita sahaja berdiskusi…

IBLIS *AHHHH* bilang aja kamu semua ni takut dan gentar, yg hati-hati penuh dgn maksiat, kemalasan, penuh sifat zulumat. *HAHAHA* tgk dia ni aku tahu apa dia lakukan dan buat….(...*benda aib....).

ANA: Cukup..Cukup!, hentikan fitnah dan jangan kamu membuka aib orang lain…

IBLIS: Owhhh okay boleh saja, *haaaa, Ermmmm.* kenapa aku tidak boleh lihat ? Apa kamu lakukan, pakai sihir ke?

ANA: Tidak memakai sihir atau apa ilmu hitam tapi cuma sentisa mendekati dan jika melakukan kesalahan cuba utk bertaubat dan istifghar dan sentiasa kasih pada Allah dan Cinta Mahabbah kepada BAGINDA RASULULLAH SAW .

IBLIS: Jika begitu, aku akan cuba juga melemahkan iman kamu sampai hari kiamat agar kamu semua bersamaku dinaraka…* HAHAHAHA*…

ANA: Sudah, cukup..keluar kamu….*Selepas daripada itu* ”Ana bacakan ayat-ayat, doa dan bertawassul dgn Baginda Nabi Muhammad Saw, para2 anbia, auliya, waliyullah, masyeikh dan org2 soleh”..Alhamdulillah…

Alhamdulillah, Iblis itu keluar dari tubuh pesakit itu dgn kehendak Allah taala. Maka ana ajarkan mengucap dan menyebut zikir-zikir dan selawat kepada baginda serta memberi air yg diruqyah dengan bacaan quran dan doa mustajab. Alhamdulilillah, kesembuhan dari Allah datang pada detik itu. Kami semua syukur dan gembira. Alhamdulillah ala kulli hal...
____________________________________________

Antara pengajaran yang dapat diambil dari dialog pada malam tersebut selain daripada apa yang ditulis oleh guru al-faqir , dialog yang masih kekal diingatan al-faqir (Ust Ahmad Hasan) Darul Ifta

" Kau tengok mereka ni , kau tengok tengok pelajar-pelajar ini , pelajar macam mereka ni nak melaksanakan hukum hudud ? "

" Aku cuma tidak sujud sekali sahaja tetapi kau bagitahu aku , berapa ramai manusia yang tak sujud , sebelum aku tidak sujud kepada Nabi Adam aku sujud sudah beberapa lama kepada Allah SWT , tetapi MANUSIA ,Kau jawab kepadaku , berapa kali mereka tidak sujud ? kau cuba bagitau aku berapa kali sahaja mereka sujud ? dan kau tengok sendiri berapa ramai mereka tak sujud ? "

" Aku tidak sujud kepada (Nabi) Adam , Bukannya aku tidak sujud kepada Allah SWT , tetapi manusia , berapa ramai yang tidak sujud kepada Allah SWT"

" Jangan menyalahkan Iblis dan Syaitan , kamu sendiri yang lalai dan leka "

" Kau tunjuk kepadaku disini , Siapa manusia yang benar-benar bersih hatinya ? Guruku menjawab Nabi Muhammad , Itu nabi , bukannya manusia biasa , itu Nabi , tapi yang bukan Nabi , kau tunjukkan kepadaku , siapa dikalangan mereka ni yang benar-benar bersih hatinya .?"

* Semua "kau" tersebut merujuk kepada Al-Fadhil Guru hamba Ustaz Amjad Al Fathoni
إن في ذلك لذكرى لمن كان له قلب أو ألقى السمع وهو شهيد
________________________________________________

Kesimpulan dari kisah ini banyak yang kita semua dapat ambil, moga ia menjadi satu pengajaran dan motivasi utk kita mujahadah sebagai hamba Allah yang beriman untuk terus beriman sehingga hayat nyawa yg terakhir biiznillah. Pesanan Al-Faqir agar terus memantapkan aqidah kita dengan Aqidah Ahlussunnah wal jamah, sentiasa berhusnuzon pada Allah, Amal maaruf nahi mungkar…InsyaAllah Dunia ini hanya sementara. Akhir itu selamanya...Kisah di atas benar berlaku. Sekian dari Al-Faqir. Ambil yang jernih buang yangg keruh. Silakan utk kongsikan kepada sahabat-sahabat dan SHARE. Ballighu anni walau ayaht..

الهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى أعطنى محبتك ومعرفتك ياالله
لا اله الا الله محمد رسول الله
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
الفقــــــــير الــى الله
والله أعلـــــــم.
اّميـــــــن
م

Dari: Ustaz Amjad Al-Fathoni

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan