Khamis, 9 Oktober 2014

ASam PEdas IKAn PAri

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

Harini Akak Akn Bagi Menu MAsakan Tengahari Yang Simple N sedap... 

 ASam PEdas IKAn PAri

Bahan- bahan

Bahan A :

500 gram ikan pari ( dibersihkan )
10 biji bendi
1 biji tomato ( dipotong 4 )
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cawan air
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
Bahan B ( Dikisar ) :

20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara Masak

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.


Haa siap sudah resepi asam pedas ikan pari yang sangat simple. .. Banyak lagi resipi mudah yang boleh buat.. .. Korang ada resepi yang best lagi nak share? jom kongsi..

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan