Ahad, 12 Oktober 2014

Mereka yang terpelihara dari sifat bakhil mereka yang Allah ﷻ letakkan kedalam hati mereka sifat kedermawanan,sifat pemurah dalam hatinya suka memberi pertolongan dan bantuan kepada org lain.

share dari link fb ~Jom Dakwah Bersama Ulama

Pada suatu hari Nabi Muhammad ﷺ didatangi seorang lelaki yang miskin yang ingin bertamu di rumah rasulullah ﷺ..Ingin untuk dijamu oleh keluarga miskin permusafiran daripada Safar yang jauh maka Nabi Muhammad ﷺ menghantar pembantu nya daripada para sahabat berjumpa dengan mana-mana daripada kalangan para isterinya rasulullah ﷺ yang mempunyai makanan dirumah untuk dapat dijamu tetamu yang datag dirumahnya,maka pembantu tadi datang kepada saidatina aisyah dan berkata tidak ada makanan dan cuma air..kemudian dihantar kepada isteri-isterinya yang lain maka isteri-isteri yang lain pun tidak ada makanan dirumah kami..rumah kami rumah rasulullah ﷺ tidak ada makanan dan cuma air dan pergi satu persatu daripada isteri Nabi Muhammad ﷺ dan semua mereka mengatakan cuma ada air tidak ada apa tidak ada makanan walaupun sekeping roti..Rumah siapa?rumah penghulu kepada seluruh Rasul..Rumah siapa?rumah penghulu kepada 2 alam iaitu alam dunia dan alam akhirat..Satu penghulu namanya Nabi Muhammad ﷺ raja kepada seluruh penghulu diseluruh dunia ini namanya Nabi Muhammad ﷺ rumahnya tidak ada makanan ketika itu..setiap rumah yang dipergi tidak ada makanan maka kembali pembantu itu kepada Rasulullah ﷺ dan berkata:

"Ya rasulullah tidak ada sedikit makan dirumah kamu..sembilan isteri kamu tidak ada makanan didapur rumah mereka..Maka rasulullah ﷺ merenung kepada para sahabat dan berkata "Wahai sahabat-sahabatku adakah sesiapa dianiaya kamu yang sudi untuk menerima tetamuku ini pada malam ini?

Maka seorang sahabat bernama Abu Talhah al-Ansari RA beria-ia ingin menerima tetamu rasulullah ﷺ maka Abu Talhah berkata saya sedia Ya Rasulullah ﷺ maka Abu Talhah mengambil tetamu tadi masuk ke dalam rumah maka Abu Talhah bertanya kepada isterinya Ummu Sulaim RA ada makanan tidak dirumah kita?ada tetamu Rasulullah ﷺ datang dan kita nak jamu dia kemudian Ummu Sulaim berkata hanya ada sedikit sahaja makanan..hanya cukup untuk anak-anak kita sahaja..sedikit sangatt..untuk kita berdua pun tidak mencukupi.

Maka Abu Talhah pun menyuruh kepada isterinya supaya menidurkan anak-anak mereka..ditidurkan mereka,belaikan mereka sehingga mereka tidur kemudian buat-buat padamkan lampu dan berpura-pura makan dengan tetamu..maka Ummu Sulaim pun menidurkan anaknya dan anaknya tidur dalam kelaparan kerana apa?kerana Abu Talhah cintanya kepada Rasulullah ﷺ maka Abu Talhah buat-buat makan dan berpura-pura makan dan kunyah tetapi mereka tidak makan dia biarkan tetamu mereka makan makanan yang sedikit kerana jika mereka makan sekali bersama tetamu takut tidak mencukupi.

Kemudian pada pagi keesokan nya harinya Abu Talhah al-Ansari berjumpa dengan Rasulullah ﷺ Nabi Muhammad mengatakan "Marhaban,Marhaban Ya Abu Talhah
"Wahai Abu Talhah Allah ﷻ telah memuji perbuatan kamu malam tadi..tidak sempat Abu Talhah menceritakan kepada Rasulullah ﷺ rupanya ada zat yg memberitahu Nabi Muhammad ﷺ menurunkan dlm ayat-ayat al-quran yang setiap Ummat akan membacanya sampai ke-hari kiamat".

"Ingatlah sesiapa yang tidak dipengaruhi daripada tabiat bakhilnya maka merekalah orang-orang yang berjaya..Maka orang-orang yang berjaya itu Allah ﷻ telah menyatakan adalah mereka terpelihara daripada sifat bakhil..

Sifat bakhil ini Nabi Muhammad ﷺ mengatakan ia jauh daripada Allah ﷻ dan dia dekat dengan syaitan,jauh dengan syurga dan dekat dengan api neraka".

Mereka yang terpelihara dari sifat bakhil mereka yang Allah ﷻ letakkan kedalam hati mereka sifat kedermawanan,sifat pemurah dalam hatinya suka memberi pertolongan dan bantuan kepada org lain.

Nabi Muhammad ﷺ mengatakan orang yang murah hati dekat dengan Allah ﷻ dan jauh daripada syaitan,dekat dengan syurga dan jauh dengan api neraka Allahﷻ .

Begini bagaimana Allah ﷻ memberikan pujian kepada orang yang dermawan dan seorang yang murah hati dilihat bagaimana para sahabat itu begitu bermurah hati sehingga pada akhir penghujung hayatnya masih ingin mengutamakan org lain.

-Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari-
Majlis Ta'alim Sawa Assabil


LIKE:


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan