Khamis, 16 Oktober 2014

SHEPHERD’S PIE

share dari link fb ~Norzailina Nordin

Sesekali tukar selera... hidangkan pai 'one dish meal' iaitu sempurna (karbo + protein) & tambah salad/sayur-sayuran agar seimbang. Tutup kemas dan simpan dlm peti sejuk utk dipanaskan bila-bila hendak makan atau tetamu datang mengejut. Jom cuba, ok?

SHEPHERD’S PIE40 gm majerin
1 labu bawang besar, cincang 
2 ulas bawang putih, tumbuk
400 gm daging cincang
½ biji cili Benggala hijau }
200 gm lobak merah } dadu
100 gm salderi }
1 camb herba campuran
1 tin tomato (425 gm), kisar
Garam secukup rasa

Bahan Atas
70 gm mentega
800 gm ubi kentang, rebus & lecek
100 gm keju Cheddar, parut (20 g untuk tabur)
2-3 camb susu cair
Garam, serbuk lada sulah

Cara membuatnya
1. Untuk bahan lauk: Cairkan majerin, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna, bubuh cili Benggala, lobak merah, salderi dan tomato kisar.
3. Tutup periuk dan perlahankan api tetapi hendaklah dikacau sekali sekala hingga lobak separuh lembut. Bubuh herba dan garam, angkat.
4. Ratakan di dalam mangkuk tahan panas (boleh mengisi 1.75 liter).
5. Untuk atasnya: Satukan 50 gm mentega, kentang, keju, susu, garam dan serbuk lada sulah.
6. Ratakan ke atas daging. Boleh juga lorek dengan garfu di atasnya. Bubuh baki mentega dan taburkan keju.
7. Bakar pada 190 C selama 30-35 minit atau sehingga permukaannya keperangan

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan