Isnin, 13 Oktober 2014

DOSA & REZEKI

share dari link fb ~Ustaz Nasir

DOSA & REZEKI

Ketika kita berasa rezeki kita susah, maka yang harus segera kita lakukan adalah periksa dalam diri kita (berMUHASABAH)

Kerana sesungguhnya yang menjadi penghalang bertemunya kita dengan rezeki adalah DOSA-DOSA kita yang banyak

Demikian pula dengan jalan keluar bagi masalah-masalah dalam kehidupan kita. 

Sebenarnya jalan keluar itu sudah ada, sebagaimana rezeki kita itu juga sudah ada. 

Namun, kita akan susah menemukannya kerana suatu penghalang yang bernama DOSA.

Ketika kita memandu kereta, kemudian hujan sangat lebat dan pembersih cermin tidak berapa nak berfungsi maka kita pun dilanda gelisah dan bimbang

Kegelisahan dan rasa bimbang itu tentu bukan kerana tidak ada jalan, melainkan kerana kita tidak dapat melihat jalan yang siap terbentang

Lalu, apa yang harus kita lakukan? 

Apakah kita memikirkan jalan di hadapan atau membersihkan cermin kereta dahulu? 

Tentu jawapannya adalah yang kedua. Seperti itulah TAUBAT.

Kita taubat dulu, kemudian berusaha menjemput rezeki~

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan