Info DK,
Bahaya Cakaran Kucing,
Fenomena digigit kucing adalah satu perkara yang biasa bagi yang gemar bermain dengan kucing atau mempunyai haiwan comel ini di rumah mereka.
Ramai yang memandang ringan saja jika digigit atau di cakar kucing, cukup sekadar basuh tempat cakaran atau gigitan dan jika perlu pun hanya letakkan minyak sapu.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, kucing sama seperti haiwan yang lain dan ia berupaya menjadi ejen penyebar virus dan jika tersalah langkah tanpa rawatan yang betul ia akan memudaratkan kita.
Sebar kuman
Sebenarnya kucing boleh menyebarkan kuman Bartonella Henselae dengan kesan jangkitannya boleh meninggalkan komplikasi penyakit sehingga menyebabkan kematian. Ia dikenali sebagai cat-scratch disease (CSD) atau penyakit cakaran kucing.
Perpindahan ini menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing.
Kuman ini selalunya berada dalam air liur kucing dan datang daripada KUTU dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit.
Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada Bartonella Henselae berbanding kucing dewasa.
Langkah yang perlu di lakukan apabila terkena cakaran dan gigitan kucing ialah bersihkan kawasan luka dengan air bersih dan lapkan sehingga kering.
Sapu krim antikuman
Sapukan krim antikuman jika ada. Jangan ingat anda sudah terhindar hanya dengan menyapu krim antikuman semata-mata. Jika tiada komplikasi yang berlaku maka anda tidak perlu berjumpa dengan doktor.
Tetapi lain pula halnya jika berlaku komplikasi dan tanda-tanda seperti bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, maka perlu mendapatkan rawatan doktor.
Begitu juga jika mengalami gejala-gejala jangkitan kuman seperti demam, letih, kurang selera makan, kelenjar limfa membengkak, sakit sendi/ tulang, dan bengkak yang sakit dan tidak surut dalam tempoh beberapa hari (biasanya dalam tempoh dua minggu).
Walaupun begitu komplikasi sangat jarang berlaku namun ia masih lagi boleh berlaku.
p/s: Hati-hati semasa berhadapan kucing yang sedang bergaduh, peratus dicakar amat tinggi kerana mereka berada didalam keadaan mempertahankan diri masing-masing.. better simbah dengan air untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
^Cheeto^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan