Selasa, 14 Oktober 2014

Sekiranya.....

Sekiranya gajimu berbelas ribu atau puluhan ribu sebulan.....maka tak usahlah engkau menasihati orang yang gajinya bawah seribu supaya berjimat cermat....kononnya perbelanjaan tak betul itu sebab tak cukup 

Sekiranya makanan di rumahmu sepenuh penuh meja....maka tak usahlah engkau menasihati orang yang berlapar perutnya agar jangan merungut dengan kenaikan harga barangan....kononnya untuk memajukan ekonomi

Sekiranya kakimu bersepatu kulit mewah buatan Itali.....maka tak usahlah kamu menasihati mereka yang hanya berkaki ayam.....dengan katamu....

" Bersyukurlah dengan apa yang kamu ada....walaupun berkaki ayam sekurang kurangnya kamu masih mempuyai kaki"

Sekiranya kamu berkenderaan mewah....yang harganya orang miskin tak mampu beli walaupun dikumpulkan duit seumur hidupnya....maka tak usahlah kamu bongkak berkata....

" Kalau tak mampu beli minyak...jangan naik kenderaan bermotor....tetapi jalan kaki ....."

Maka tak usahlah kamu menasihati kami yang miskin tak berupaya ini....kerana kamu sendiri pun tak pernah tahu apatah lagi mengambil tahu....apa maknanya susah dan jerih perih bekerja.....

Hanya kepada Allah tempat kami mengadu....kerana dialah yang maha mendengar rayuan dan tangisan orang orang yang terbeban dengan daki kesusahan dan kemiskinan....

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan