Khamis, 16 Oktober 2014

CARA MUDAH BUAT LAKSAM ~~

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

Akan Nak Kongsi One Of My Favorite... Nyum2 

CARA MUDAH BUAT LAKSAM ~~

Bahan bahan:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam

Cara-cara :

Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.

Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.

Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung seperti gambar di bawah.

Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.

Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.

Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.

Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila hendak dimakan, gunting laksam ini nipis nipis.

KUAH LAKSAM

Bahan-bahan :

1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar

10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

ULAM :

Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Bahan-bahan untuk SAMBAL :

Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain :

Belacan 
Garam

Cara Menghidang:

Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas laksam tadi.

Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal.

Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin, tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing.

Boleh juga dimakan dengan laksa beras kerana laksa Kelantan dan laksam menggunakan kuah yang sama. Laksa beras sedang direndam.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan