Khamis, 11 Disember 2014

Jangan jadikan hadis nabi utk membenarkan alasan malas dalam diri sendiri....awas nanti kamu akan dipertanggungjawabkan di sana kerna mempergunakan hadis pada tmpt yg tidak betul


share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Aku bukan Nabi, Aku bukan Rasul, Aku bukan orang yang istiqamah, jadi tak perluLah aku nak beramal macam orang orang yang .... Haaaa, ini orang yang Malas. Mencari alasan untuk membenarkan Malasnya.

Terkadang tak jumpa alasan nak benarkan sifat malashya, maka dia cari alasan yang membenarkan sifat malasnya.

Contoh. Ada seseorang yang ditegur, " buatlah solat sunnat qobliyah, ba'diyah supaya solat fardhu kamu sempurna. "

Maka katanya, " yang Penting yang fardhu aku Buat, Kan ada Hadith Nabi bagi tahu, ada sahabat jumpa Rasulullah, Ya Rasulullah, kalau aku buat yang wajib, yang haram aku tinggalkan, yang halal dihalalkan yang haram aku haramkan, aku buat yang wajib saja, adakah aku masuk syurga? Nabi kata, Ya kamu masuk syurga. "

Haa ini ada hadith, jadi aku buat yang wajib saja untuk aku masuk syurga. 
Sambung Habib " NAK TUTUP DIA PUNYA MALAS, GUNA HADITH NABI ﷺ, "

Kalau dia betul-betul jujur, tak apa. Tapi kalau dia hendak menutup kemalasannya dengan menggunakan Hadith Nabi ﷺ.... Anda bertanggungjawab bila menggunakan Hadith Nabi bukan pada tempatnya, nak tutup kemalasan dengan gunakan dalil ², atau membandingkan dirinya dengan orang lain " si fulan itu laagi malas, maka lebih baik lagi aku "

ini dalil nak tutup kemalasan. Nak mengaku malas Tak Mau, jadi cari alasan untuk membenarkan sikapnya.

Ini orang, Mencari alasan dengan kedudukan yang rendah untuk tidak beramal dengan amalan orang yang tinggi. -Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan