Selasa, 23 Disember 2014

Resepi kentang Tornado versi tahrunnisah

 


share dari link fb ~Tahrunnisah Jali  
Assalamualaikum... ramai kawan2 yang dah mencuba kentang tornado ni.. saya pun turut sama mencuba..kat sini satu cucuk dah 7sr pun tak rangup.. Tepung goreng serbaguna saya takde so buat homemade je la..alhamdulillah tetap rangup walaupun dah sejuk..JOM D.I.Y
Resepi kentang Tornado versi tahrunnisah
bahan2
7 biji kentang saiz kecik (kalau besar boleh potong 2) basuh bersih ye
3/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan tepung jagung*
sedikit garam*
1 sudu kecil serbuk kari nak lebih pun boleh tambah *
sedikit serbuk lada hitam*
sedikit serbuk lada kalau nak rasa pedas*
caranya
1. Campurkan bahan bertanda (bahan kering)
2. Cucuk lidi tersebut ditengah kentang sehingga menembusi bahagian hujungnya 
(gambar)
3. Potong/hiris kentang secara memutar/memusing dari atas sehingga habis 
kalau boleh jangan putus ye. Potong sehingga mengenai batang lidi tersebut. 
kalau boleh hiris nipis supaya kentang tornado anda menjadi rangup bila dah 
masak..
4. Kemudian tarik dgn berhati2 hingga dpt bentuk mcm spring ke..tornado ke..
5. Kemudian basahkan kentang sedikit dan celup atau tabur dengan adunan 
tepung tadi 
6. Goreng dlm minyak yang panas dlm kuali yang muat dgn lidi sate 
tersebut..Goreng hingga berubah warna keemasan
7. Boleh letak perisa yang disukai.. saya hanya taruk mayonis, sos cili dan 
serbuk lada hitam
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan