Sahabat, berhenti sejenak untuk membaca LIMA fasa sebelum kiamat.
Fasa PERTAMA: Pemerintahan Kenabian.
Ia merupakan zaman Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم di mana 13 tahun di Mekah & 10 tahun di Madinah.
Fasa KEDUA: Pemerintahan Kekhalifahan.
Ia dikenali sebagai pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidiin iaitu pemerintahan Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman & Sayyidina Ali رضي الله عنهم أجمعين. Method mereka dalam memerintah adalah mengikut manhaj an-Nubuwwah iaitu berpandukan al-Quran & as-Sunnah.
Fasa KETIGA: Sistem Beraja/Dinasti.
Sebuah pemerintahan secara keturunan. Apabila seorang raja meninggal dunia, maka yang akan mewarisi tampuk pemerintahan seterusnya adalah anaknya. Bermula dengan Daulah Bani Umayyah di Syria, Daulah Bani Abbasiyyah di Iraq & berakhir pada Daulah Bani Uthmaniyyah di Turki (jatuh pada tahun 1924).
#Fasa KEEMPAT: Pemerintahan Diktator.
Saya & anda di fasa ini. Ya, KITA sedang berada di fasa ini. Di mana fasa yang tersusun rapi dengan sistem dajjal samada dalam bab ekonomi, perundangan, perbankan & lain-lain. Kerana fasa ini merupakan fasa yang sudah jauh dari manhaj Kenabian, jauh dari al-Quran & as-Sunnah.
Sistem ini diwujudkan agar manusia itu sebati dengannya. Apabila sebati & serasi, manusia akan mudah menerima kehadiran dajjal kelak & mengangkatnya sebagai pemimpin nombor satu dunia. Kesimpulannya apabila mereka sudah sebati dengan sistem dajjal ini maka akan mudah terpengaruh dengan dajjal. Nauzubillahi min zalik.
Manakala yang akan terselamat dari fitnah dajjal ialah mereka yang patuh & berpegang teguh dengan manhaj & petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Kembali kepada al-Quran & as-Sunnah.
Fasa KELIMA: Pemerintahan yang kembali kepada manhaj Kenabian.
Bermula di zaman pemerintahan Imam al-Mahdi رضي الله عنه, kemudian diteruskan oleh Nabi Isa عليه السلام. Setelah Nabi Isa عليه السلام wafat, kepimpinan akan diambil alih oleh seorang Khalifah yang dikenali sebagai al-Muqa'd.
Apabila al-Muqa'd meninggal dunia, 3 tahun kemudian al-Quran pun diangkat. Ketika ini tiada siapa lagi yang mengamalkan ajaran Islam. Manusia kembali rosak.
- Dalil hadis boleh baca di ruang komen.
Sahabat, wajar ambil SERIUS tentang perkara ini.
"Sesungguhnya aku telah sampaikannya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan