Rabu, 17 Disember 2014

Resepi Puding karamel lapis coklat

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

Resepi Puding karamel lapis coklat
Kredit : Resepi Ummi

Bahan:-


(A)


1 tin susu cair ideal
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila


(B)


1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko + 1 sudu kecil pes coklat (yg mcm esen vanila tu tp perasa coklat)


(C)


2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu


Cara Membuat:-


Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.


Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci ..


Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.


Kukus selama 5 minit atau hingga masak.


Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A.


Ulang A dan B berselang seli hinga habis.


Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.


Selamat Mencuba  

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan