Rabu, 17 Disember 2014

RESEPI CHICKEN CHOP

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

RESEPI CHICKEN CHOP
Bahan-Bahannya:
● 1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
● 1 biji telur
● 1 biji tomato
● 1 helai daun salad
● Sedikit daun pasli
● Sedikit lada sulah
● 20 gm potato chip (digoreng)
● 20 keping biskut tawar (dikisar halus
● Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:
● 1 biji lada buah
● 1 biji bawang besar
● 2 sudu besar sos cili
● ½ batang lobak merah
● 1 sudu besar sos tomato
● 1 sudu besar sos lea & perrin
● 2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. 

2. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. 

3. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. 

4. Untuk sos, masakkan bahan-bahan sos selama satu minit. 

Selamat mencuba

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan