Khamis, 18 Disember 2014

STOP!!! SOLAT DHUHA DULUUUUUU...

share dari link fb ~Rohana Saad

STOP!!! SOLAT DHUHA DULUUUUUU...

Solat Dhuha adalah solat sunat yang di kerjakan ketika pagi hari pada saat matahari sedang naik, iaitu ketika matahari mulai naik kurang lebih 7 hasta sejak terbitnya (kira-kira pukul 8 pagi) hingga sebelum waktu dzuhur. Jumlah raka’at solat dhuha biasa dengan 2,4,8 atau 12 raka’at. Dan dilakukan dalam 2 raka’at sekali salam.

Manfaat Solat Dhuha antara lain :
1. Perwujudan rasa syukur kepada ALLAH SWT atas nikmat sehat yang dilimpahkan kepada kita
2. Sedekah bagi tubuh
3. Meningkatkan kesehatan jasmani lebih optimal
4. Meningkatkan kecerdasan
5. Memudahkan jalan meraih rezeki
6. Hati menjadi tenang
7. Fikiran menjadi lebih fokus
8. Kesehatan terjaga
9. Kemudahan urusan dan memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka
10. Menangkal stress yang mungkin timbul dalam kegiatan sehari-hari

Seperti apa yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Ahmad dari Abu Dzar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh orang lain agar melakukan amal kebaikan adalah sedekah, melarang orang lain agar tidak melakukan keburukan adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat dhuha.”

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan