Apam Labu Mudah
Bahan A:-
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam
Bahan B:-
240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telor
150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus.
Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati.
Biarkan adunan sehingga 1 jam (*sy tutup mangkuk adunan).
Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*sy guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Nota:
Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lompang. Jika menggunakan acuan lompang yg di sapu sedikit minyak, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat....
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
More : www.resepisheilarusly.com
Selamat Mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan