Ahad, 21 Disember 2014

Resepi Roti Manis

share dari link fb ~Dari Dapur Ummu

Resepi Roti Manis 
page dari dapur Ummu
BAHAN-BAHANNYA
375 gm tepung roti (high protein flour)
100 gm tepung gandum
35 gm susu tepung
1 biji telur* 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 gm gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih)
40 gm mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 gm tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan
CARA MEMBUATNYA 


UNTUK DOH ROTI :- 

Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. 
KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar. Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya.bentuk ikut citarasa dan kreativi masing2 ye
selamat mencuba 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan