Isnin, 15 Disember 2014

Petua Penyakit Batu Karang

share dari link fb ~Janji Allah Itu Pasti.

Petua Penyakit Batu Karang 


Proses berlakunya penyakit batu karang mengambil masa yang lama. Saiz batu karang juga berbeza-beza dari sekecil sebutir pasir sehinggalah sebesar bola golf. Oleh itu, pesakit hanya dapat mengesan apabila sudah zahir tanda-tanda penyakit.


Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah berlakunya penyakit batu karang atau mengurangkan risiko penyakit.

Minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Ianya akan mengurangkan kepekatan garam dan mineral.. Minum lebih kerap adalah lebih baik.

Elakkan minuman berkarbonat dan kurangkan minuman manis yang lain.
Kurangkan pengambilan makanan yang banyak garam termasuk ikan masin dan seumpamanya.. Dengan ini ianya akan membantu mengurangkan jumlah kalsium dalam air kencing.

Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat.

Kurangkan pengambilan makanan sumber protein haiwan dan gantikan dengan protein tumbuhan.

Kurangkan pengambilan susu dan produk tenusu yang tinggi kalsium. Kalsium berlebihan akan dikeluarkan oleh air kencing dan meningkatkan risiko penyakit batu karang.

“Mencegah lebih baik daripada berubat”

Petua mengeluarkan batu karang secara semulajadi .. 

Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.
Hari ke-6 jangan makan malam (dinner).
Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), beli di kedai farmasi.
Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.
Pukul 10 malam, Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yang fresh (perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu karang keluar...

Sumber : Dr Hamid Arshat

Untuk pengetahuan, boleh guna epal hijau atau merah, asalkan epal. Untuk lagi bagus epal hijau. Satu lagi gunalah berapa biji epal pun sebab tiada bilangan yang tetap asalkan cukup 4 gelas atau 1 liter...

Selamat Mencuba.. Sila share

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan