Selasa, 23 Disember 2014

Maulid Nabi - hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ....tanda memperingati hari kelahiran baginda...(kita sendiri pun raikan hari lahir diri sendiri, keluarga, sahabat...takkan bila kita nak memperingatinya dikatakan bida'aah dsbnya kannn...)

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Syeikh Zainul Asri "Orang bertanya, sambutan hari lahir Nabi, Nabi suruh kah? Tuan Tuan, sambutan maulid Nabi, Nabi buat ka dekat dia? Sabda Nabi, Berpuasalah kamu pada isnin, kerana isnin hari aku dilahirkan. Mungkin kita sambut hari raya kita setahun sekali, tapi Nabi ﷺ suruh kita sambut hari lahirnya setiap minggu. Asal mulia hari hanya hari jumaat, penghulu segala hari, adalah hari jumaat, Allah buat perkara besar dihari jumaat.
Nabi adam dicipta pada jumaat, dikahwinkan dengan hawa pada hari jumaat, kiamat juga pada jumaat. Hari Jumaat, kebesarannya sejak Nabi Adam hingga sebelum lahir hari lahir Nabi, yang mulia hanya hari jumaat. Jumaat juga hari pernikahan semua para Nabi, tapi Selepas hari Nabi dilahirkan, hari yang mulia adalah hari isnin.. Rasulullah adalah makhluk Allah yang paling mulia, kenapa Nabi mulia, tapi tak dilahirkan pada hari jumaat? Jawab Ulama', Nabi tak mulia dengan sebab sesuatu, tapi, sebab sesuatu itu mulia dengan sebab Nabi. Jadi Hari isnin mulia kerana Hari lahir Nabi. Kenapa Madinah mulia? Madinah mulia kerana disana tempat Jasad Rasulullah ﷺ. "

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid " Rasulullah ketika ditanya puasa mengenai isnin, Baginda kata hari itu aku dilahirkan, hari itu wahyu diturunkan kepada aku, dan hari itu aku berhijrah. Allah meletakkan kejadian didalam hari supaya menyuruh hambanya agar mengingati peristiwa yang terjadi. Rasulullah dengan kelahiranya adalah mengajarkan akhlak, membawanya rahmat, menyampaikan ilmu, membawa hidayah, menjadis sebab kepada keselamatan yang ada pada manusia yang ada diatas bumi ini. Berlaku perubahan alam ini saat kelahiran Rasulullah. Tidak ada orang yang mengajar kebaikkan yg lebih agung dari Rasulullah. "

Tuan Guru Syeikh Hafiz Selamat Al Jenderami. "Majlis Maulid Sayyidina Rasulullah majlis yang menghimpunkan tak kira umur, tak kira warna kulit, tak kira latar belakang, pangkat mahupun fahaman. Jadi kita jangan cari jalan lain, ini jalan kita untuk mempersatukan orang islam "

Syeikh Feras Salou " Di antara Tujuan Mempelajari sirah Nabi ﷺ adalah supaya kita dapat memahami manhaj yang sempurna, melakukan tarbiah, mendidik diri kita untuk kita melaksanakan dakwah di jalan Allah ﷻ. Disebabkan kita telah jauh daripada memahami sirah Nabi. Cuba lihat bagaimana cara kita mendidik anak-anak kita. Lihatlah bagaimana kesan kita tidak memahami dan menjauhkan diri daripada sirah Nabi ﷺ yang telah menyebabkan pelbagai kesan negative yang telah berlaku pada masyarakat kita. Dengan mempelajari, menghayati dan mengambil pengajaran Sirah Nabi ﷺ barulah kita tahu, kita sepatutnya mengasihi dan mencintai Nabi Muhammad ﷺ. 

Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari " Bayangkan manusia itu kalau dapat jemputan hari lahir pemerintah negara atau Raja Sebuah Negara, bagaimana kegembiraan hati seseorang itu, Bagaimana kelonjakkan hati seseorang itu, Bagaimana pula jika dijemput oleh Allah untuk hadir ke rumahNya, menghadiri sambutan Hari Lahir kekasihNya, Sayyidur Mursalin, Sayidina Muhammad ﷺ Penghulu bagi sekalian Rasul. "

Syeikh Abdullah Jehaf " Rasulullah ﷺ sentiasa sibuk dengan kita, Baginda semasa hidup sibuk dengan kita, dipadang mahsyar pun tetap sibuk dengan kita. Kata Nabi, hidupku baik kepada kalian, wafatku juga baik untuk kalian. Semua amalan kita sentiasa ditayangkan kepada Rasulullah ﷺ. Rasulullah nampak kita dimajlis maulidur Rasul ini kerana untuk mengingatnya, Pasti Rasulullah akan gembira. "  

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan