MARINA TENTANG HUDUD DI KELANTAN
Marina Mahathir dengan lantang menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan perlaksanaan Hudud yang bakal dilaksanakan di Kelantan. Alasannya Hudud tidak adil dan menganiaya umat Islam kerana hanya umat Islam yang tertakluk kepada hukum itu sedangkan non-Muslim akan terlepas. Hudud juga dikatakan memecahbelah olehnya.
Bagi pembaca dan pendengar yang mempunyai sedikit sahaja iman di hati pun dapat merasai getaran hati dengan kenyataan ini. Orang yang tebal imannya, yang mengasihi Allah dan rasulnya, yang kuat berusaha untuk memahami dan melaksanakan setiap aturan yang ditetapkan oleh Allah pula akan merasa tercabar, marah dan benci dengan kenyataan bodoh (jahil) yang berulang-ulang seperti ini.
Kenyataan yang tidak beralas dan beradab ini jelas menampakkan satu penentangan dan permusuhan yang nyata terhadap Allah dan Rasul. Tidak mustahil jika jiwa-jiwa yang dekat dengan Allah dan rasul akan turut menjadikan manusia seperti ini sebagai musuh mereka dunia akhirat.
Boleh sahaja kita bersangka baik dan kononnya memaafkan beliau dengan kenyataan mungkar yang amat brutal dan berulang-ulang begini. Boleh sahaja kita doakan agar beliau dapat hidayah dan mati dalam keadaan iman. Keluhan pasrah sebegini tidak lain hanya buah pelepas untuk membiarkan kemungkaran pergi lebih jauh. Bukankah petunjuk dan hidayah Allah sudah terhidang di depan mata sekian lama? bukankah contoh sudah banyak terlakar dalam sejarah dan sunnah?
Percayalah, apa yang kita ucapkan itu hanya satu kefasikan dan kepalsuan, sekadar penyedap bibir dan pembujuk hati sahaja. Kita sebenarnya sedang menipu diri sendiri. Hakikatnya hati orang yang cintakan Allah dan rasul akan tetap menyumpah dan marah dengan kenyataan begini. Kecualilah kita memang ‘sependapat’ atau mudahnya ‘seagama’ dengan AGAMA MARINA MAHATHIR.
JIKA TIDAK BOLEH MEMBINA, JANGAN MEROBOH;
TIDAK MAMPU IKUT JANGANLAH MENGHALANG.
Tudung dan jilbab itu satu kewajipan bagi seorang muslimat dan jelas terlakar dalam quran. Maknanya, jika hudud itu satu batas untuk mencegah pelbagai jenayah termasuk zina, maka tudung dan pakaian penutup aurat bagi wanita adalah salah satu dari bahagian hudud itu sendiri. Jika kita mengaku umat Islam, seharusnya kita yakin untuk mematuhi ALQURAN & SUNNAH. Tentu tidak tergamak untuk menyanggah aturan itu samada melalui kalam maupun perbuatan kita.
Sewaktu menyuarakan pandangan itu, dapat kita lihat gambar terkini MARINA. Rambut beliau yang sudah pun beruban itu masih dapat dilihat di khalayak umum. Ini bukti penolakan yang jelas. Jika sekecil langkah pencegahan melalui tudung pun tak sanggup patuh, apatah lagi enakmen jenayah hududnya.
Hudud bukan hanya cerita pasal hukum jenayah, tetapi juga pasal pencegahan jenayah itu sendiri. Dengan penampilan Marina itu, jelas bahawa beliau memang sudah membawa fahaman baru iaitu Islam Liberal. Inilah tanda akhir zaman yang nabi katakan di mana Islam diambil hanya pada nama sahaja. Aturan agama dijadikan mainan dan senda gurau, diambil sebahagian dan bakinya dinafikan.
Ramai pembaca yang menyatakan fenomena mudah, bahawa penentang hudud ini kebanyakannya datang dari golongan penjenayah yang memang tidak mahu mematuhi aturan Allah. Mereka takut kerana mereka adalah pesalah atau subjek sebenarnya kepada semua hukuman yang bakal dilaksanakan itu. Orang yang tidak berminat dan membenci jenayah pasti menyukai undang-undang hudud ini.
Bosan dengan kenyataan mungkar yang berulang-ulang dari Marina ini maka ada yang menyeru Marina muhasabah diri apa yang telah beliau lakukan sewaktu belajar dan tinggal di rumah Tun di London dahulu.
Allah melihat melalui mata-mata hamba dari kalangan Malaikat, Jin dan Manusia yang diciptakanNya untuk melihat dan melapur. Tun mungkin tidak tahu, namun Marina jangan sekali-kali lupa bahawa ramai pelajar Malaysia, termasuk penjaga ISTANA HINGGAP TUN yang melihat ‘perangai’ Marina dan adik beradiknya yang jauh telah melanggar aturan agama waktu itu.
Menurut mereka yang rapat, sampai hari ini pun Marina masih tidak menampakkan banyak perubahan bagi menunjukkan ‘kecintaan’ Marina terhadap agama Islam. Kenyataan demi kenyataan hanya menampakkan ‘kebencian’ Marina terhadap agamanya. Itu menghapus kelayakan Marina untuk menetapkan itu dan ini, berlagak semacam ulamak.
Ramai lagi yang masih ada baki hormat kepada Marina kerana mengenang jasa Tun. Tetapi jika Marina terus berlebih-lebihan begini, nanti Allah akan hantar mata-mata Allah ini untuk menelanjangkan segala ‘pekung’nya seperti di Padang Mahsyar. Tiada lagi bayang-bayang kerana matahari tegak atas kepala waktu itu. Pasti marina akan berpeluh dan menggelitik kepanasan. Pasti Tun akan tenat sakit jantung.
BAPA BOREK ANAK RINTIK
Nasihat buat Tun Mahathir pula ialah supaya berhenti menggunakan akal sendiri dalam menyatakan BANTAHAN terhadap hukum dan aturan Allah. Sebaliknya gunakanlah akal yang bijak dan bernas itu untuk mengajak manusia mematuhi aturan Allah. Jika ada sesuatu yang bercanggah dengan aturan Allah, simpan dahulu dan cari guru yang mampu menjelaskan percanggahan itu. Jangan terus sahaja buat kenyataan ikut apa yang terlintas di kepala. Ia amat bahaya.
Contoh-contoh kenyataan bodoh seperti nabi SAW tak cukur kerana tiada pisau cukur, tudung hanya budaya Arab yang panas dan berdebu, atau nanti umat Islam ramai jadi kudung yang digunakan selama ini untuk menolak Hudud itu mesti dihentikan serta merta. Ini kerana Tun Mahathir dikenali sebagai orang yang bijak berhujah dan ada ramai penyokong.
Ketahuilah Tun bahawa kebijaksanaan akal manusia yang tidak bersandarkan kebijaksanaan ilmu Allah yang hak tidak akan mampu menterjemahkan keindahan dan kebenaran hukum Islam. Walaupun dikatakan Tun membaca sampai 8 naskah terjemahan alquran, Tun harus ingat bahawa mengetahui makna ayat-ayat dalam alquran itu tidak bermakna kita akan tahu maksud sebenar ayat-ayat itu. Ini kerana ada ayat yang berbentuk Muhkamat dan ada yang Mutasyabihat.
Muhkamat ialah ayat langsung yang boleh difahami pembaca biasa seperti Tun secara terus. Bakinya adalah ayat-ayat Mutasyabihat yang berbentuk analogi yang memerlukan 'Code Breaking' yang tepat untuk memecahkan maksudnya. Ketahuilah bahawa maklumat tentang Hudud juga banyak dijelaskan dalam bentuk analogi. Mana mungkin Tun boleh memecahkan maksud ayat-ayat Mutasyabihat jika hanya membaca sendiri tanpa berguru.
KESIMPULAN
Jika Tun dan Marina meneruskan kenyataan demi kenyataan yang kontroversi begini, ia akan semakin mengelirukan umat Islam. Pengikut Tun dan Marina adalah golongan fanatik politik atau sosial yang kebanyakannya juga tidak arif tentang agama.
Ketaksuban pengikut terhadap kebijaksanaan berpolitik Tun dan kehebatan ‘bersosial’ Marina akan membuatkan mereka yang memang sudah 50/50 terhadap Islam ini turut MENELAN kenyataan mungkar itu, sama sepertimana mereka ternganga dan menelan bulat-bulat doktrin politik Tun. Tindakan Tun dan Marina inilah yang akan memecahbelahkan umat, bukannya Hudud itu sendiri.
Tun dan Marina yang membuat kenyataan, namun kami rakyat marhaen yang cinta dan takutkan Allah ini yang merasakan ketakutannya. Ya, kami takutkan kifarah dan laknat Allah terhadap mereka. Dikhuatiri kita juga akan turut menerima musibahnya jika tidak berusaha menasihati mereka.
Sudah terlalu banyak Allah tunjukkan sumpah laknat dan kifarah (keparat) terhadap golongan penentang yang nyata sebegini. Masih ingatkah Kaum Noh, Lut, 'Aad dan Tsamud? Masih ingat jasad Fir’aun yang Allah kekalkan untuk pelajaran umat kemudian? Bukankah ramai juga jenazah Sami dan padri yang turut menerima nasib yang sama? Masih ingatkah Jenazah Kamal At-Tarturk yang tidak dapat dikebumikan kerana tidak diterima bumi? Lupakah dengan nasib jenazah beberapa tokoh yang lantang mencerca Allah?
Wahai bijak pandai Islam… wahai orang alim sekalian… bersatulah sebagai ULAMAK, gunalah akal waras dan kebijaksanaan kalian untuk 100% mencari kebenaran buat membenarkan aturan Allah di bumi ini.
Janganlah sekali-kali berani berbicara sesuatu yang menyanggah atau menidakkan hukum Allah. Takutlah dengan ancaman Allah yang Maha berkuasa melakukan segala-galanya kepada kita. Ambillah pelajaran dari musibah yang telah melanda umat terdahulu.
Jika kalian masih mahu terus bercakaran dan ‘menunjuk pandai’ terhadap Allah, maka kami berlepas diri melalui teguran ini. Tolonglah jangan heret kami marhaen yang lemah dan sedia tertekan ini untuk turut menerima bala dari Allah yang kalian undang melalui bermacam-macam kenyataan mungkar kalian.
Ya Allah, berilah meraka petunjuk dan hidayah. Saksikanlah seruan ini dan janganlah Engkau siksa kami dengan apa yang kami tidak mampu menghadapinya. Bantulah kami yang sedang berusaha mendekatkan diri kepada Mu untuk melawan penentang dan pengkhianat Agama Mu Ya Allah. Selamatkanlah anak cucu kami.
Astaghfirullah al-Aziim.
WARGA PRIHATIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan