Rabu, 17 Disember 2014

Snickers Cheesecake

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

Snickers Cheesecake

Base / Dasar Biskut

150gm biskut Oreo (buang krim)
30gm mentega di cairkan

Bahan Kek Keju

300gm krim keju - suhu bilik
60gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus oren / lemon
100ml UHT whipping cream
100gm coklat snickers di cincang kasar

Topping Chocolate Ganache

100gm coklat masakan di cincang kasar
50ml UHT whipping cream

Hiasan : Coklat snickers, kekacang atau parutan coklat putih

Loyang : Loose Base Tin 7"

Cara-cara :

1. Kisar biskut oreo hingga halus, masukkan mentega cair gaul rata hingga boleh di kepal. Masukkan ke dalam loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Biarkan sejuk dahulu.

2. Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul. Masukkan telur, jus oren/lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati. Scrapkan tepi pengisar dan pukul sebentar hingga bergaul rata dan tidak berketul.

3. Masukkan coklat snickers yang di dadu, kaup balikkan hingga rata. Kemudian tuang ke atas dasar biskut oreo.

4. Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 40 - 50 minit atau hingga permukaannya kekuningan.

5. Tutup api ketuhar, Rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek di dalamnya hingga sejuk.

6. Keluarkan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.

7. Topping : Panaskan whipping cream secara bain marie, masukkan coklat masakan yang di cincang, kacau hingga coklat larut. Angkat dan biarkan suam.

8. Tuang topping coklat ganache ke atas permukaan kek, tabur dengan coklat snickers yang di dadu, kekacang atau parutan coklat putih jika suka.

Selamat Mencuba 
Jom share resepi ni 
kalau nak share sila komen dahulu dibawah ye sebelum share mohon kerjasama tq 

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan