Rabu, 17 Disember 2014

Segala puji bagi Allah ﷻ yg mengurniakan kepada kita nikmat Islam dan mencukupkan Islam sebagai nikmat yg terbaik utk kita

share dari link fb ~Pencinta Majlis Rasulullah

Segala puji bagi Allah ﷻ yg mengurniakan kepada kita nikmat Islam dan mencukupkan Islam sebagai nikmat yg terbaik utk kita..Moga-moga kepada Allah ﷻ yg telah mengurniakan nikmat dapat menziarahi kebaikannya dan sebaik-baik pesanan yg dipesan kepada seseorang utk bertaqwa kepada Allah ﷻ..Semoga Allah ﷻ menjadikan kita semua org-org yg adil kepada Allah ﷻ . .
Allah ﷻ telah menyediakan dan memilih kita menghayati agama yg mulia ini dan telah mengurniakan kita dgn kurniaan utk terhimpun dua kalimah.
.
Diantara amalan yg boleh mendekatkan kita kepada Allah ﷻ ialah 2 perkataan iaitu:
.
-Menghias diri kita dgn akhlak yg mulia seperti selawat kepada nabi dan lain-lain -Mengosongkan hati kita dgn akhlak dan amalan-amalan yg buruk seperti berbohong,mengumpat,mengadu domba dan sebagainya.
.
Maka dengan terhindar dari dua pekara tersebut menghiaskan diri dgn akhlak yg mulia dan menjauhkan kita dari akhlak yg tercela maka menjadikan seorang yg paling hampir kepada Allah ﷻ
.
Allah ﷻ mengatakan apabila hamba-mu berkata kepada-mu tentang diri-Ku katakanlah "Bahawasanya aku dekat dan Aku akan makbulkan permohonan setiap hamba yg berdoa kepada-Ku".
.
Dan Allah ﷻ menyatakan dalam Hadis qudsi "Apabila hamba-Ku mendekatkan dirinya sejengkal,nescaya Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya sehasta..Dan apabila hamba-Ku mendekatkan dirinya sehasta nescaya Aku akan mendekatkan diri-Ku kepada nya sedepa..Dan apabila ia datang kepada-Ku sambil berjalan..Aku akan datang menuju kepadanya sambil berlari".
.
Allah ﷻ mengatakan barangsiapa yg berusaha mendekatkan diri kepada Allah ﷻ dengan memelihara pekara fardhu dan menambahkan yg sunat maka Allah ﷻ akan mendekatkan diri-Nya dan akan memelihara anggota dan pendengaran nya dari keburukan maka marilah kita menjadi orang yg mendekatkan diri kepada-Nya". .Wallahualam.

Habib Ja'afar As-Seggaf
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan