Ini respi AYAM PENYET dari Sahabat Putra Bugis Temasek:
Nak kongsi resepi Ayam Penyet ..silakan semak resepi ini..Mamak Haji...ini resepinya..saya hanya berikan membuat ayam gorengnya aje..nasinya gunakan air rebusan sebagai memasaknya..foto itu hanya hiasan sahaja,...
Resepi Ayam Penyet
Bahan – bahan :
1 ekor ayam kampong , potong menjadi 4 bagian
500 ml air santan
250 ml air kelapa
2 batang serai dititik
2 cm halia dititik
2 cm lengkuas dititik
2 sudu makan susu tepung (ini rahasianya)
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
Bahan-bahan dikisar halus :
3 cm kencur
½ sudu teh lada sulah
10 biji bawang merah
6 biji buah keras
2 sudu makan biji ketumbar (disagai dahulu)
2 sudu makan biji jintan manis (disangai dahulu)
2 cm kunyit
3 Kiub rasa ayam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Bahan tepung untuk menggoreng
2 sudu makan tepung beras
1 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
300 ml Air rebusan ayam
2 sudu makan tepung
1 batang serai ambil putihnya dan dicincang halus
Bahan sambal :
10 biji lada merah
10 biji cili padi merah
2 biji bawang putih
1 sudu teh belacan goreng
1 biji buah tomato
1 sudu teh garam
½ sudu teh gula merah
2 biji buah limau
2 tangkai daun kemanggi ambil daunnya
Haluskan bahan-bahan sambal lalu masukkan daun kemanggi dan tumbuk kasar
Cara Membuat :
Masakkan air santan, air kelapa dan bahan-bahan yang telah dikisar.Masukkan lengkus,daun salam ,daun limau purut dan serai.Masak sampai bahan-bahan halus masak sehingga mendidih lalu masukkan ayam dan gula merah , masak sampai bahan-bahan sebati .Lalu diangkat dan toskan
Masukkan ayam ke dalam adunan tepung lalu goreng ayam dalam minyak yang banyak dan cukup panas sehingga berwarna kecoklatan dan jangan terlalu kering.Masukkan sedikit adunan tepung ayam ke dalam kuali tadi dan goreng sehingga kecokelatan lalu dihidang dengan ayam itu.
Lalu ketuk ayam ketika ia sedang maseh panas.
Sajikan ayam goreng dan sambal dan sajikan dengan nasinya sekali.Letakkan tempeh, tahu, sambal dan buah tomato.
Masukkan tahu dan tempe di dalam air rebusan buat seketika dan biarkan ia rebus sehingga sebati lalu digoreng.
Cara memasak nasinya adalah dengan menggunakan air rebusan tadi lalu masak seperti biasa sehingga masak.
Buat pengetahuan teman-teman..jika hendak menggoreng tanpa tepung boleh juga.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan