BERHADAPAN DENGAN KEKUFURAN
al-Habib Omar menjelaskan bahawa :" Prinsip-prinsip yang kita gunakan untuk berhadapan dengan pelbagai jenis kekuatan - kekuatan kafir ialah dengan :
i. Memperbetulkan hubungan kita dengan Allah SWT .
ii. Memperkenalkan kepada mereka di persekitaran kita akan martabat Rasulullah SAW.
iii. Berdialog dengan mereka melalui cara yang terbaik
iv. Memperbetulkan corak langkah kita dalam mengikuti Rasulullah SAW ".
Kemudian Habib berkata :
" Dan mereka orang-orang kafir itu, apakah masalah antara kita dengan mereka? Pada hakikatnya masalah kita dengan mereka bukannya pada senjata! Masalah kita dengan mereka ialah agama, dan apakah itu agama? Agama ialah hubungan dengan Rahman ( Allah ) bagaimana tunduk kepadaNYA , mematuhi arahanNYA dan jejak NabiNYA, kita tidak ada apa-apa selain dari ini, inilah masalah kita dengan mereka…. jika kita tidak ambil berat tentang agama maka mereka akan menawan kita dan jika kita bangun dengan agama mereka akan lari dan tunduk kepada kita… jadi kita mahu berhadapan dengan mereka dengan hakikat ini sebagaimana Islam termasuklah para Nabi, Siddiqin dan Solihin berhadapan dengan orang-orang kafir ".
(Bermakna pada zaman ini sebelum munculnya al-Mahdi dan Nabi Isa kelak, hubungan kita dengan orang kafir bukanlah dengan peperangan secara fizikal, TETAPI hubungan kita adalah membawa mereka kepada agama yang suci dengan penuh hikmah dan kasih sayang )
HUKUM UCAP TAHNIAH SEMPENA HARI KRISMAS
al-Habib Omar bin Hafidz ditanya oleh pelajar universiti di Jami'ah al-Ahqaf, Hadramawt, Yaman mengenai ucapan tahniah pada hari Krismas kepada orang Kristian, beliau menjawab;
“Selagi ucapan tahniah tersebut diucapkan tanpa disertai pengakuan (iqrar) terhadap hal-hal yang bertentangan dengan pokok akidah Islam – seperti Isa anak Tuhan – serta tidak disertakan dengan kemaksiatan, maka ianya tidak menjadi sebarang masalah. Hal tersebut karena memuliakan para utusan Allah, termasuk Nabi Isa, adalah diantara hal yang dituntut dalam Islam (min dharuriyyati hadza ad-din).”
KESAN TAQWA
Dari kalam al-Habib Omar bin Hafidz : Ketahuilah bahawa ketaqwaan itu mempunyai rahsia yang menyerap masuk ke dalam hati dan dada yang mana ia merupakan kesan-kesan cahaya keimanan seseorang kepada Tuhan yang Maha Pemurah.
Ia memanggil pemilik cahaya tersebut untuk memperkemaskan bekalan dengan ketaqwaan yang merupakan bekalan yang paling mulia, dan mengajaknya untuk memnyiapsediakan dirinya untuk hari kembalinya kepada Allah, dan tiap–tiap mereka yang telah terbit cahaya taqwa di dalam hatinya dan telah masuk rahsia taqwa itu di dadanya sehingga seluruh pelusuk kehidupannya penuh kesediaan dalam keadaan sentiasa mengingati hari kepulangan dan berbekalkan dengan sebaik-baik bekalan.
Firman Allah "Dan berbekallah, sesungghnya sebaik-baik bekalan itu (adalah) taqwa, bertaqwalah kepadaKU wahai orang–orang yang berakal."
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan