Khamis, 18 Disember 2014

Teringat kata-kata isteri ketika hidup dilanda kesusahan (Ustaz Ebit Liew)

share dari link fb ~Rahsia Perkahwinan

Teringat kata-kata isteri ketika hidup dilanda kesusahan

Satu hari tengah sempit sangat dan susah. Beli susu anak pun cukup-cukup jer. Dalam kereta menangis jer. Laju jer air mata keluar. Sayu sangat hati. Baru balik program masjid selama sebulan lebih di singapura dan bakal kehilangan kerja dalam masa terdekat.

Tiba-tiba sampai pintu rumah, isteri kata jangan risau abg. Kita ada 'ALLAH'. Selama ini pun rezeki ALLAH yang bagi. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Dia bagi mulia, dia bagi hina. Tiada tuhan melainkan ALLAH. Isteri Nabi dulu makan kurma hisap-hisap. Kita ada lagi benda boleh makan.

Terima kasih isteriku mengingatkanku perkataan ajaib itu. ALLAH buat semua.

Biarlah seluruh dunia kata apapun. ALLAH buat semua. Terus rasa masalah selesai. ALLAH buat semua.

Oleh itu hargailah isteri kita semua. Sayangi mereka dan didik mereka dengan kasih sayang. Duhai isteri semoga kamu juga akan terus teguh atas agama ini walauapapun yang terjadi.

Kemudian ALLAH selesaikan masalah dan bukakan pintu rezeki dari punca yang tidak disangka-sangka.

- Ustaz Ebit Lew

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan