Khamis, 11 Disember 2014

Lasagna Roll Ups

share dari link fb ~Buku Resepi

Lasagna Roll Ups

OLEH:Noor Abdul Rahim 


bahan-bahan :
12 - 14 pasta lasagna
250g cream cheese - suhu bilik
1/2 cawan keju cheddar - diparut
1 cawan keju mozarella - diparut
1 paket cendawan butang segar - dicincang kasar
500g udang - dipotong kecil-kecil (agak-agak, jgn kecik sangat)
1/2 biji bawang besar - dicincang
1 1/2 sudu besar butter
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
1 biji telur
1 botol sos spaghetti

cara-cara :

1. Panaskan butter & tumis bawang besar hingga layu.
2. Masuk kan cendawan & tumis hingga setengah masak.
3. Masuk kan udang & kacau hanya sehingga bertukar warna sahaja. Matikan api & toskan.
4. Satukan kesemua bahan kecuali sos spaghetti & pasta. Gaul hingga sebati. Ketepikan.
5. Masak pasta hingga al dente.
6. Letak kan inti keatas pasta kemudian gulung.
7. Tuang 1 cawan sos spaghetti kedalam loyang atau casserole kemudian atur roll ups.
8. Tuang baki sos spaghetti keatas roll ups & bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 20 - 25 minit tanpa ditutup.

** Anda boleh pelbagaikan inti dgn menggunakan tomato segar, chicken slices, daging cincang yg telah disangar dan sebagainya.

** Saya ubah suai resepi ikut kemudahan kita mendapatkan bahan-bahan. Anda boleh gunakan ricotta cheese menggantikan cream cheese jika mudah didapati.

** TIPS UNTUK PASTA LASAGNA :

1. Masuk kan pasta lasagna sekeping demi sekeping kedalam air mendidih - sebaiknya 5 keping sekali masak.
2. Kerap dikacau sedikit supaya pasta tidak melekat.
3. Apabila siap, masuk kan pasta lasagna kedalam bekas yg berisi air biasa supaya pasta tidak benyek kerana terlebih masak & mudah diasingkan.
4. Apabila hendak digunakan, lap pasta yg basah dgn kain tea towel atau kain tuala yg bersih.


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan