Khamis, 18 Disember 2014

JOM MINUM Minum buah-buahan dan sayur-sayuran kurniaan AllahSWT.

1 biji persimmon (pisang kaki)
1 biji buah pear
1 batang caleri
5 keping kulit asam limau kering
1000 ml air mineral.
1 biji buah plum
1 batang caleri
1 cekak daun pengagga
5 biji kurma (buang biji)
1000 ml air mineral.
1 biji tomato
1 biji peria (kecil)
1 batang caleri
1 genggam kismis
1000 ml air mineral
1 biji tomato
1 biji peria (kecil)
1 batang caleri
1 genggam kismis
1000 ml air mineral
share dari link fb ~Raudzah Roslan added 8 new photos.

JOM MINUM
Minum buah-buahan dan sayur-sayuran kurniaan AllahSWT.
Siapa sanggup meratah peria atau mengunyah pengagga mentah-mentah?
Terjemahan surah al-An'aam ayat 99 bermaksud:
Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan,
kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya
(Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.
Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
Allah. Ya Allah.
Tidak Allah jadikan sesuatu ciptaanNya dengan sia-sia. Ramai yang bercerita tentang khasiat sayur-sayuran itu dan ini dapat menyembuhkan penyakit. Ada daun bagus untuk penyakit kencing manis, darah tinggi, gaot, tekanan darah rendah, bagus untuk kulit dan sebagainya.
Hakikat sebenar, Allah lah maha penyembuh. Makanlah dengan menyebut namaNya sambil berdoa dalam hati.Ia dijadikan Allah agar manusia besyukur, menyembah dan beramal ibadat kepadaNya.
Masya Allah tabarakalah. Siapa berani mencuba? Jom..
JOM CUBA HARI INI (sambil berzikir dalam hati)
2 jenis buah-buahan
1 jenis sayur-sayuran
3-5 butir kurma atau 5 keping kulit asam limau kering
1000 ml air mineral.
Cara:
1. Cuci sayur-sayuran dan buah-buahan.
2. Potong buah dan kisar bersama air mineral.
3. Campurkan ais (jika suka)
Cubalah. Tanpa perlu ditapis, tanpa gula. Insya Allah..terasa perbezaan pemakanan kita.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan