Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Pagi esok bangun dan minum infused water ni. Walaupun kadang-kadang masam,tapi demi kesihatan dan bertindak sebagai air detox ku telan saje
Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok..
Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala
Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.
Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman
Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.
Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan
Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.
Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati
sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.
Air Detox untuk kempiskan perut
Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack… gituu..hihi
Selamat Mencuba.. Sila Share Kepada Rakan Yang Lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan