Khamis, 2 April 2015

"Janganlah risau harga barang naik turun, risaulah bila kita jauh dari Allah سبحانه وتعالى. "

share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin

Mengingati Allah سبحانه وتعالى; "Janganlah risau harga barang naik turun, risaulah bila kita jauh dari Allah سبحانه وتعالى. Oleh itu, hadir didalam majlis ilmu adalah zikir. Menuntut ilmu itu adalah ingat kpd Allah سبحانه وتعالى. Setiap orang perlu hadir sekurang-kurangnya dua atau lebih majlis ilmu dalam seminggu."

"Setiap orang pasti ada kebaikan dalam dirinya walaupun sedikit. Satu yang sedikit yang kecil di mata manusia boleh jadi ia punya kedudukannya menjadi mulia di sisi Allah سبحانه وتعالى. Ini Kisah Imam Malik yang dalam perjalanan dari rumahnya ke masjid untuk qiyamullail, jumpa seorang yg mabuk tapi lidahnya berzikir Allah Allah Allah. Dia masih ingat kepada Allah سبحانه وتعالى. Lalu Imam Malik ambilkan air dan cuci mulut lelaki tersebut asbab nama Allah yang Maha Suci tidak sepatutnya keluar dari mulut yang kotor berbau arak." 

"Selepas solat Israq, Imam Malik balik rumah rehat dan mimpi. Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya; "Kamu telah membantu seseorang menyucikan jiwanya." Tahun kemudiannya, Imam Malik menunaikan haji dan bertembung dgn seorang lelaki yang datang kepadanya mengucap Allahuakbar. Lalu mati. Dan lelaki tersebut adalah lelaki yang mabuk tapi dengan lidah berzikir ingat kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Hikmahnya setiap orang mesti ada kebaikan walauponn sikit dan bila seseorang yang bantu syariat Allah سبحانه وتعالى, bantu menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ pasti Allah سبحانه وتعالى akan menjaga dan memeliharanya. Firman Allah سبحانه وتعالى didlm surah Al-Baqarah."

"Suka kepada semua tidak kira Muslim atau tidak yang bukan Muslim kita doakan semoga hati mereka terbuka mendapat hidayah. Bantu Allah سبحانه وتعالى bantu Rasulullah ﷺ. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ ingin semua manusia umatnya masuk syurga."

Daripada Sheikh Abdullah Al-Jahaf

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan