Dah lama tak bagi resepi untuk hidangan rumah.
smile emoticon
Silakan, ini Simple Moza Cheese Sheperd Pie.. janji sodap!
smile emoticon
Resepi Mashed Potato :
Kentang
1 kotak kecil susu segar
2/3 sudu besar butter
secukup rasa garam, serbuk lada hitam + serbuk lada sulah
- Rebus kentang sampai empuk, toskan & lenyekkan hingga agak halus (nak simple, gunakan belakang mug). Masukkan butter, susu segar, sedikit garam + serbuk lada hitam + serbuk lada sulah
Inti Daging (Simple) :
Daging kisar
Bawang besar + bawang putih cincang
Serbuk lada hitam
Sedikit tepung jagung
Serbuk perasa + garam
- Tumis bawang besar + bawang putih cincang, masukkan daging kisar.
- Agak daging dah empuk, masukkan serbuk lada hitam & perasa + garam.
- Masukkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan inti, dah agak kental sikit, angkat & toskan air/minyaknya. Ketepikan
Topping :
Mozarella cheese parut + sedikit daun sup / daun parsley / atau apa2 je janji nampak ijau (sukati) hehe
sedikit paprika / serbuk cili di atas (untuk kasi rasa Malaysia - mau pedas sikit)
smile emoticon
~ dalam gambar tidak ada
Cadangan bakar :
(Seperti di gambar) --> Masukkan dalam oven 180 - 12 minit untuk cairkan cheese je kat atas tu.. Siap, untuk dihidang! Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan