Rabu, 10 Disember 2014

Sticky Caramel Chicken Wings

share dari link fb ~Dapur Kami

Sticky Caramel Chicken Wings
sumber : zila4ever.blogspot

Bahan-bahan 
12 keping kepak ayam - belah dua jadi 24 
2 sudu besar minyak masak 
3 ulas bawang putih - diketuk 
1 sudu besar halia dicincang 
1 sudu besar sos ikan 
1 sudu besar kicap 
1 sudu besar sos cili 
1/4 cawan - 60ml madu

Cara-cara 
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned - bersalut dengan sos

Note # 
Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan