Khamis, 11 Disember 2014

Krim Puff ( untuk 28 biji cream puff )

share dari link fb ~Kelas Bakeri

Krim Puff ( untuk 28 biji cream puff )

Bahan-Bahan:

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung:

1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara Penyediaan:

-Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
-Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
-Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
-Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti:

-Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
-Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

* Sila komen terlebih dahulu sebelum share. Kerjasama daripada anda amat kami hargai 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan