Isnin, 1 Disember 2014

Kek Keju Sedap & Gebu

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

Kek Keju Sedap & Gebu

250 g mentega
230 g gula kastor
4 biji telur Gred A
80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
100 ml susu segar
280 g tepung gandum
1 camca teh baking powder

Cara-cara

Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.

Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.

Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.

Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.

Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar.

Selamat Mencuba  
Jom share resepi ni  
kalau nak share sila komen dahulu dibawah ye sebelum share mohon kerjasama tq  
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan