1. arabic spices homemade resepi ni dpt sikit je. .jika nak buat stok banyak..gandakanlah sukatan resepi ni..
1/4 cup lada hitam
4 batang kulit kayu manis
2 teaspoons jintan manis
2 teaspoons jintan putih
2 teaspoon ketumbar
1 teaspoon buah pelaga
2 teaspoons kunyit serbuk
1 teaspoons serbuk cili
kisar semua bahan2 ni tuk dptkan arabic spices utk masakan ayam atau nasi...
rempah ni boleh simpan lama dan dlm bekas tertutup.. jika nak masak nasi cuma amik beberapa sudu rempah dan ditambah dgn limau kering..limau kering ni boleh didpti di kedai sensei atau buat sendiri dgn menjemur limau nipis sehingga kering...daun bay beberapa helai..kulit kayu manis dan halia..
2. dah jadi arabic spices homemade
3. bahan2 dlm penyediaan chicken mandy
4. parutan carrot
5. ayam yang di sapu/dilumur dgn arabic spices dan perahan limau serta sedikit garam..perap seketika
6. bahan2 tadi ditumis kecuali carrot jgn diletak ..carrot letak waktu nak masak nasi nanti..
7. kemudian masukkan ayam..renehkan dlm 5 minit dan tutup ye seketika sblm dibakar
8. ayam yang sudah dibakar dlm oven dlm 30-40 minit guna fungsi grill dan rempah ratus pun dah agak2 kering... rempah kering ni la nanti nak dimasukkan dlm beras nanti bersama dgn sukatan air
9. skrang penyediaan nasi pula..part ni senang..just masukkan air mengikut sukatan beras...kemudian tambah bahan2 yang tadi dibakar dgn ayam..perasakan dan masak dlm rice cooker
10. masa nasi tgh masak tu boleh la bakar arang sebentar..tujuan arang ni bagi aroma tradisional pada nasi
11. arang yang membara ni dimasukkan dlm aluminium foil tuk dimasukkan dlm nasi yg masak nanti
12. nasi yang dah masak tu..buat lubang tengah2 nasi dan masukkan arang ..tutup periuk nasi ni dgn aluminium foil tujuan biar aroma arang berlegar2 dlm nasi
13. rice cooker ditutup dgn aluminium foil mengekalkan aroma arang tradisional
14. ayam yang dibakar tadi n dikeluarkan rempah tu boleh le nak bakar balik
15. dah siap
share dari link fb ~Tahrunnisah Jali added 16 new photos.
Penyediaan Chicken Mandy Rice (yemeni) -BON APPETIT
bahan A
seekor ayam dibelah 2 @ tak nak potong pun boleh
3 sudu besar perahan lemon
1 sudu arabic spices (homemade) resepi ada pada gambar
garam
Bahan B
3 cawan beras basmathi dibersihkan dan direndam sekejap
7 cawan air.. (2 cawan tuk bakar ayam nanti dan 5 cawan utk nasi )
2 biji bawang besar sederhana besar - di potong dadu
6 tbsp olive oil/minyak jagung
5 cili hijau besar
1 1/2 sudu besar arabic spice (homemade)
2 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 inci halia diketuk
2 biji tomato-dipotong dadu
2 batang lobak diparut sederhana halus tp bukan hancur ye
3 helai daun bay
garam
aluminium foil dan arang + 1 sudu kecik minyak
caranya
panaskan periuk/loyangmasukkan 6 sudu minyak
masukkan bawang..masak n biar ia agak layu
kemudian masukkan arabic spices, kayu manis, cengkih, halia perasakan dgn garam - biar naik bau ye
lps tu masukkan tomato yang dipotong dadu tadi...masukkan 2 cawan air
masukkan ayam dlm periuk/loyang (ayam yang telah diperap terlebih dahulu dgn perahan limau dan arabic spices serta garam)
tutup periuk berkenaan masak sekejap dlm 5-10minit
panaskan terlebih dahulu oven pada 200degree grill punya... masukkan periuk dlm oven tadi..kalau tak nak masukkan periuk curah bahan tadi kat dlm loyang ke atau bekas yang sesuai masuk dlm oven..
bakar dlm 30-40 minit bergantung pada warna keemasan ayam masa ni bolehla balik2kan/pusing ayam tu ye.. dan air dlm periuk tadi agak2 kering...dah masak dan warna ayam bertukar keemasan asingkan ayam tadi dan tutup dlm aluminium foil
masukkan beras dlm rice cooker..masukkan rempah ayam yang dibakar tadi (oven)dlm periuk nasi dan masukkan 4-5 cawan air (bergantung pada beras)..dan masukkan lobak yang diparut sederhana halus tadi..rasakan kalau tawar tambah garam..masukkan lada hijau...masakla seperti biasa masak nasi..
sementara nasi masak ..bakar sekejap arang sehingga berbara atas dapur...bila nasi dah masak..ambil aluminium foil taruk sikit minyak masak...kemudian taruk cepat2 arang panas tadi dlm minyak pada aluminium foil..dan cepat2 masukkan dlm periuk nasi yang telah dilubangkan pada bahagian tgh nasi terus tutup permukaan nasi dgn aluminium foil supaya asap arang tadi ala2 mcm bakar atas kayu tradisional...
PENYEDIAAN SALATAH
* 2 biji tomato dipotong dadu
* 2 cili hijau dipotong
* 2 biji timun - dipotong dadu
* sedikit daun ketumbar - potongkecik2
* lemon - utk diperah
* garam secukup rasa
-campurkan semua bahan ni dan perah ngan lemon
satah
* 2 biji tomato
* 2 biji cili hijau
* sedikit batang daun ketumbar
* garam dan secukup rasa
potong kecik2 tomato, cili hijau, batang daun ketumbar - kisar kasar bahan2 ni dan tambah garam/perisa
hiasan
daun jarjeer
daun ketumbar tabur atas nasi
bawang bakar
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan